- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

10 Pejabat Baru Kerajaan

Must read

Tingkat Penyampaian Perkhidmatan Awam

Sebanyak 10 buah Pejabat Daerah dan Daerah Kecil akan dibina di Sarawak untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada orang ramai di negeri ini.

Pejabat baru itu akan dibina di Pakan, Saratok, Lingga, Sadong Jaya, Lubok Antu, Engkilili, Lawas, Serian, Long Lama dan Padawan.

Setiausaha Kerajaan Sarawak YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot memberitahu demikian ketika berucap pada Perhimpunan Perkhidmatan Awam 2007, bertemakan ‘Memacu Kecemerlangan Menerusi Kerajaan Strategik’ di Stadium Perpaduan Negeri di Kuching, Oktober lalu.

Selain itu katanya, beberapa pejabat kerajaan juga akan diwujudkan di Mukah, Betong dan Kapit.

Menurutnya, kehadiran secara fizikal perkhidmatan awam di negeri ini amat penting kerana ia menyumbang dan memainkan peranan besar dalam pembangunan negeri Sarawak.

Katanya, pegawai dan kakitangan yang bertugas di dalam bangunan-bangunan kerajaan akan mewujudkan ikatan di antara perkhidmatan awam dan rakyat.

Impak yang diwujudkan oleh perkhidmatan awam di pelbagai tempat akan bergantung kepada sejauhmana aktif kakitangan awam berinteraksi dengan rakyat, serta memberikan perkhidmatan dan memainkan peranan dengan penuh komitmen dan dedikasi, jelas beliau.

Ketika ini terdapat kira-kira 25,000 kakitangan awam Negeri dan 49,000 kakitangan awam Persekutuan di Sarawak. Keseluruhannya, mewakili kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di Sarawak.

Datuk Amar juga memberitahu, sepanjang tahun 2007, perkhidmatan awam Sarawak telah memberi fokus kepada lima perkara utama dalam usahanya memberi impak dalam perkhidmatan awam.

Lima fokus berkenaan ialah meningkatkan kerjasama antara kerajaan Negeri-Persekutuan, meningkatkan aktiviti ‘turun padang’, meningkatkan budaya kebersihan dan penyelenggaraan, mempromosikan kerajaan yang cekap dan berintegriti dan menjadi fasilitator dalam pembangunan negeri melalui kerjasama dengan badan swasta.

Beliau juga menjelaskan, sambutan Minggu Perkhidmatan Awam 2007 yang bertemakan ‘Memacu Kecemerlangan Menerusi Kerajaan Strategik’ berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana tempoh perayaan dilanjutkan selama seminggu, berbanding satu atau dua hari sebelum ini.

Katanya, ia bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya peranan perkhidmatan awam dalam pembangunan Negeri Sarawak.

Perhimpunan pada hari itu telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, sebagai pembuka tirai bagi pelbagai aktiviti yang telah disusun bersempena sambutan Minggu Perkhidmatan Awam 2007.

Antaranya 4th International Quality Congress, Parliamentary Discourse on the Government, Discourse on Civil Service, pameran From Colonisation to Globalization (1946 – 2007) serta beberapa aktiviti sukan.



Datuk Amar Wilson Baya Dandot menyampaikan ucapan beliau



Bangunan Pejabat Daerah Saratok yang sedia ada akan dibina baru



Kewujudan lebih banyak bangunan kerajaan akan mewujudkan ikatan yang lebih erat di antara
perkhidmatan awam dan rakyat


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article