- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Aktiviti Sukan Harus Dijadikan Budaya

Must read

Bersukan dan bersenam harus dijadikan sebagai budaya dan diadakan sekerap yang mungkin.

Ini kerana mereka yang cergas dan sihat selalunya menunjukkan prastasi yang cemerlang di tempat kerja seterusnya mampu meningkatkan produktiviti masing-masing.

Saranan itu diutarakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Wilson Baya Dandot selepas melepas mula peserta larian kesihatan di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Seramai kira-kira 300 kakitangan awam menyertai aktiviti itu yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Sarawak dan MBKS, bersempena Minggu Perkhidmatan Awam 2007 (20-28 Oktober 2007).

Turut diadakan sepanjang sambutan pada minggu itu ialah MAKSAK Corporate Games 2007, senamrobik, badminton, ping-pong, bola jaring dan bola sepak.


Datuk Amar Wilson Baya Dandot melepas mula peserta larian kesihatan


Penyampaian hadiah kepada pemenang peserta larian kesihatan

Datuk Amar Wilson Baya Dandot membuat sepak mula pertandingan bola sepak di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan


Ping pong


Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan ping-pong

Aktiviti senamrobik


Pertandingan badminton


Bola jaring wanita

Foto: Unit Perhubungan Awam dan Korporat, Jabatan Ketua Menteri


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article