- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Aduhai Alice

Must read

Artikel oleh Choo Hoon Gek

Kubu Alice yang kini usang dan terbiar di tebingan Batang
Lupar merupakan legasi pemerintahan Brooke yang unik. Pemerintahan Brooke
dan kerabatnya banyak membawa perubahan di Bumi Kenyalang yang pada masa itu
masih dibawah kekuasaan Kesultanan Brunei.

Selain kubu Alice di Bandar Sri Aman, terdapat juga
kubu-kubu pertahanan lain seperti Kubu Lily di Betong dan Kubu Sylvia di Kapit,
Sarawak.

Walaupun kini usang dan menanti ranap digayang anai-anai
yang bersarang di setiap lapisan dan penjuru papan dindingnya namun Kubu Alice
tetap mempunyai nilai kormesilnya yang tersendiri.

Keriuhan dan populariti Pesta Benak sepatutnya mampu
menonjolkan lagi kewujudan Kubu Alice.

Bangunan bersejarah seperti Kubu Alice jika dilihat
dengan mata kasar hanya sebuah kubu lama yang tidak berpenghuni dan
dikaitkan dengan unsur tahyul serta syirik.

Lantaran itu, Kubu Alice mestilah dilihat dengan semangat
patrioktisme dari jiwa anak-anak mederka.

Pendek kata, Kubu Alice adalah simbol kegerunan penjajah
terhadap semangat juang anak-anak Sarawak pada masa itu.

Sekalipun jauh berada di perantauan, anak jati Sri Aman yang
pulang ke kampung halaman akan melihat Kubu Alice seperti 10 tahun, 20 tahun dan 30 tahun yang lampau.

Sri Aman tetap aman dan tenang.

Kubu Alice masih di atas bukit di tebingan Batang Lupar
menyaksikan anak-anak Sri Aman membesar dan meninggalkan Sri Aman untuk mencari
nafkah hidup di tempat orang.

Janganlah dipinggirkan Kubu Alice kerana ia
umpama living legend yang boleh menceritakan seribu satu macam
kisah lampau yang tidak tercatat dalam buku sejarah.

Usia Kubu Alice sebagaimana tercatat dalam Sarawak Gazette,
edisi Delima adalah 143 tahun pada tahun 2007.

Kubu Alice dibina pada tahun 1864 untuk mengawasi kegiatan
dan pemberontak yang sering berlaku.

Kubu Alice mungkin boleh dibangunkan sebagai pusat seni dan
kraftangan malah muzium pendidikan yang memberi input kepada pelajar serta
masyarakat tempatan tentang sejarah tanahair mereka.

Dengan itu, adalah sempurna dan tepat jika sebidang tanah
yang luas dengan lokasi yang unik serta sifatnya sebagai bangunan bersejarah
Kubu Alice boleh dimanfaatkan sebagai pusat atau institusi pendidikan untuk
anak-anak Sarawak yang akan datang.

Artikel oleh Choo Hoon Gek

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article