- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Indikator Prestasi dan Audit

Must read

Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada MAPPA 2008 di
Putrajaya, 28 Januari 2008 baru lalu
menggariskan
beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan dalam perkhidmatan awam negara ini
bagi tahun 2008
dengan memberi penekanan dan fokus serta
usaha-usaha yang berasaskan kepada kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh
Perkhidmatan Awam pada tahun 2007 di semua Kementerian, Agensi dan Jabatan
serta Pihak Berkuasa Tempatan
.

Untuk
itu mengekalkan budaya berprestasi, akauntabiliti, dan ketelusan, tahap penyampaian Perkhidmatan Awam amat
dititikberatkan yang mana ia akan diukur dan dikaitkan kepada indeks-indeks
prestasi yang diterbitkan dan diaudit secara berkala
. Ini termasuk mengkaji semula dan
memperkasakan keupayaan perancangan strategik agensi-agensi dalam penyampaian
perkhidmatan dan output kepada orang awam dan sektor swasta.

KSN
mendedahkan bahawa perkhidmatan awam negara ini akan :

  1. Melaksanakan
    Piawaian Penyampaian Perkhidmatan
    di semua
    Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui pengukuran Petunjuk Utama
    Prestasi (KPI);
  2. Memantau
    dan Menguatkuasa Piawaian Penyampaian Perkhidmatan

    melalui forum sedia ada di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah, dan Kerajaan
    Tempatan. Ini termasuk maklumbalas yang
    dipantau secara terus oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara di samping
    pemeriksaan rapi ke atas tahap pematuhan bagi bidang-bidang kritikal, serta
    penggredan agensi oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
    Malaysia (MAMPU).
  3. Menandaaras
    dan mempromosi
    amalan-amalan penyampaian perkhidmatan
    yang terbaik di kalangan agensi kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang
    dijanjikan pelanggan.

Tan
Sri Mohd Sidek juga menjayakan bahawa pengukuran Indikator Prestasi dan Audit akan dilaksanakan bagi memastikan prestasi
berterusan dan tahap disiplin yang tinggi
.

Disiplin
dalam konteks bermaksud akur kepada etika kerja, parameter perundangan dan
konsistensi dalam memastikan kualiti perkhidmatan yang disampaikan. Ini memerlukan pematuhan, merangkumi
keseluruhan Perkhidmatan Awam, dalam mengambil tindakan disiplin yang segera
dan menepati waktu khasnya, ke atas kakitangan yang melanggar etika kerja,
peraturan dan undang-undang.

Sementara itu usaha menambahbaik penyampaian di
bahagian hadapan (Frontline Delivery)
akan terus diberi perhatian khusus.

Fokus
akan diberikan kepada Pihak Berkuasa
Tempatan
, Pejabat Tanah, Agensi yang aktif berinteraksi dengan pihak
awam
seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN), Jabatan Kastam dan agensi penguatkuasaan
dan Prestasi Melebihi Jangkaan
di dalam bidang pelajaran, pembangunan modal insan, sekuriti, dan perkhidmatan
kesihatan.

Untuk
itu, Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan akan diberikan latihan untuk
mengukuhkan kecekapan mereka dalam perundingan dan konsultasi dengan pihak
berkepentingan.

Menurut
KSN, Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan tidak seharusnya hanya memberi
arahan dan perintah sahaja sebaliknya mereka perlu berperanan dan berfungsi
sebagai kepimpinan yang berkesan bagi membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk
memudahcara kajian semula peraturan dan undang-undang, berinteraksi dan
berkomunikasi dengan pihak berkepentingan, dan mempunyai sikap yang lebih
terbuka terhadap pandangan pihak awam.
Dengan cara ini, perasaan tidak puas hati di kalangan orang awam akan
dapat dikurangkan.

Penggunaan
teknologi informasi dan komunikasi (ICT) adalah kunci kepada
perkhidmatan yang menyeluruh terutamanya dalam memberikan reaksi yang efektif
kepada pelanggan terhadap permintaan perkhidmatan yang semakin meningkat. Sehubungan itu, penggunaan ICT akan
diperluaskan melalui saluran penyampaian secara online dan juga menerusi
pembangunan infrastruktur.

Antara
inisiatif utama yang akan dilaksanakan ialah :

  1. BLESS
    (Business Licensing Electronic Support System) – Portal Setempat untuk
    aplikasi lesen perniagaan agar pelanggan tidak lagi perlu hadir secara fizikal
    di agensi-agensi berkaitan;
  2. e-Payments
    – Akan diperluaskan meliputi transaksi Kerajaan melalui perbankan internet dan
    pembayaran menggunakan kad kredit;
  3. e-Perolehan
    – Memudahkan proses perolehan dan seterusnya pembayaran kepada kontraktor;
  4. e-Khidmat
    – Memudahkan pembayaran saman, aplikasi lesen pemandu, bil dan caj taksiran,
    pertanyaan ke atas status ”insolvency” dan penutupan perniagaan melalui
    perkhidmatan ”online”;
  5. Government
    SMS Gateway
    Menyediakan perkhidmatan meliputi
    aspek pembayaran dan pertanyaan serta pemberian informasi ke atas kelulusan dan
    nota peringatan;

  6. e-Lodgement
    – Memudahkan pendaftaran syarikat dan perniagaan;
  7. e-Kadaster
    – Mempercepatkan pengeluaran hak milik tetap dan strata;

  8. 999
    ”Satu Negara, Satu Nombor”
    – Mewujudkan
    sistem satu nombor bagi semua jenis perkhidmatan kecemasan;
  9. 'National
    Broadband’
    – Inisiatif ini akan menyediakan
    infrastruktur bersesuaian bagi menyokong perkhidmatan kepada orang awam dan
    perniagaan; dan;
  10. 'National
    Single Window’
    – Inisiatif ini
    akan membolehkan penyerahan dokumen untuk eksport dan import secara lancar.

Tumpuan
juga diberikan untuk memastikan pembasmian kemiskinan tegar dan mengurangkan
separuh kemiskinan keseluruhan menjelang 2010 dan dalam masa yang sama,
mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan menjadi separuh daripada kadar
semasa.

Usaha
ini akan dilaksanakan melalui program dan inisiatif yang meliputi pemberian
geran sokongan, program latihan dan kaunseling dan perancangan kerjaya.
Kerajaan juga telah membangunkan program e-Kaseh yang akan memantau kemajuan
inisiatif dan program-program pembasmian kemiskinan yang sedang
dilaksanakan. Kerajaan juga akan sentiasa memaklumkan orang ramai mengenai kemajuan
program-program yang dilaksanakan bagi memastikan bahawa objektif yang
disasarkan akan dapat dicapai dalam jangkamasa yang ditetapkan
.

Perkhidmatan
awam, menurut KSN, juga dari semasa ke semasa memperkenalkan langkah-langkah
yang bertujuan untuk mempertingkatkan serta memudahkan tatacara menjalankan
perniagaan di Malaysia. Sektor swasta
merupakan rakan kongsi yang efektif sebagaimana yang ditunjukkan oleh
penglibatan mereka di dalam PEMUDAH. Mereka telah bersama-sama dengan sektor
awam

PEMUDAH adalah amat komited untuk meletakkan
Malaysia di kalangan 10 negara terbaik di dalam ‘World Bank Doing Business
Index
’ berbanding kedudukan semasa iaitu di tangga ke-24. Hasrat ini adalah
diharapkan dapat dicapai dalam masa yang singkat penambahbaikan berterusan
dalam semua aspek persekitaran operasi perniagaan.

Perkhidmatan
awam Malaysia sentiasa menggalakkan penjawat-penjawatnya memiliki sifat
sentiasa ingin mendengar apa jua permasalahan dan juga cadangan daripada orang
ramai.

KSN
menambah, sikap ”saya tahu apa yang terbaik untuk anda” haruslah dikikis dan
digantikan dengan pendekatan di mana Perkhidmatan Awam perlu lebih peka
terhadap kehendak masyarakat. Amalan
tradisi yang mana menekankan pihak Kerajaan sebagai Pengawal dan pihak swasta
sebagai yang dikawal perlu diubah kepada kerjasama erat dan berterusan bagi
menggerakkan Malaysia ke hadapan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article