- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Seiringan Bergerak ke Hadapan

Must read

Pada
masa ini, Perkhidmatan Awam Malaysia terdiri daripada 1.2 juta orang, iaitu
nisbah 26 warganegara untuk setiap Penjawat Awam. Adalah menjadi tanggungjawab
setiap warganegara Malaysia untuk memastikan yang aset negara ini dapat
digerakkan secara berkesan bagi mengekalkan kemajuan, keamanan dan kemakmuran
negara.

Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada MAPPA 2008 di
Putrajaya, 28 Januari 2008 baru lalu menegaskan bahawa komitmen berterusan ke
arah mewujudkan satu Perkhidmatan Awam yang lebih telus tidak pernah pudar
namun untuk mengecapinya ia memerlukan kerjasama semua pihak. Kerajaan berharap penglibatan proaktif
daripada pihak awam untuk memupuk budaya kerjasama dalam proses membuat keputusan. Dengan demikian, akan wujud rasa empati di
antara Perkhidmatan Awam dan orang ramai.

Kerajaan, menurut
beliau lagi akan menubuhkan satu panel audit yang menggabungkan sektor awam dan
sektor swasta untuk mewujudkan mekanisme pengawalan yang saksama bagi
mengelakkan berlakunya kesalahan atau kesilapan yang tidak disengajakan.

Komitmen
ulung Kerajaan adalah untuk mewujudkan budaya perkhidmatan yang memfokuskan
pelanggan berdasarkan ciri-ciri berikut:

  • Kebolehpercayaan
    dan kebolehjangkaan;
  • Responsif;
  • menepati
    masa;
  • Berbudi
    bahasa dan cekap; dan
  • Persekitaran
    mesra pelanggan.

Bidang Untuk Diberi Penekanan

  1. Menyemak
    semula proses dan parameter yang digunakan untuk mengukur prestasi penjawat
    perkhidmatan awam.
  2. Kajian
    yang lebih tepat dan berkesan akan dilaksanakan untuk memudahkan perancangan, pelaksanaan,
    pengawasan dan penyemakan semula.
  3. Perkhidmatan
    Awam adalah komited untuk memaklumkan kepada orang awam dan lain-lain pelanggan
    tentang kemajuan yang telah dicapai. Keutamaan diberikan kepada dialog, maklum
    balas dan perundingan.
  4. Ketua-ketua
    Jabatan akan menggunakan media secara berterusan bagi menyatakan secara telus
    pembaharuan dan penambahbaikan yang dilaksanakan bagi meningkatkan penyampaian
    Perkhidmatan Awam.
  5. Pegawai
    Kerajaan perlu memenuhi program penurunan kuasa berdasarkan analisis keperluan
    bagi memastikan Pegawai-pegawai yang mempunyai kemahiran tertentu ditempatkan
    di tempat yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article