- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Setahun Berlalu

Must read

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd.
Sidek Hassan pada MAPPA 2008 di Putrajaya, 28 Januari 2008 baru lalu mengimbas
beberapa inisiatif yang telah diambil oleh perkhidmatan awam negara ini ke arah
mencapai penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan.

KSN menyatakan bahawa dalam tahun 2007 yang lalu, fokus utama telah
diberikan untuk menilai semula tatacara pengurusan Perkhidmatan Awam. Perkhidmatan awam telah mendefinisikan semula
proses-proses sedia ada untuk memenuhi keperluan pihak-pihak terbabit.

Penubuhan Jawatankuasa
pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) pada 7 Februari 2007

PEMUDAH telah ditubuhkan dengan menggabungkan wakil-wakil pihak Kerajaan
dan swasta bagi mempertingkatkan lagi mutu sistem penyampaian Kerajaan dalam
usaha untuk mempermudahkan tatacara melakukan perniagaan di Malaysia. Pencapaian-pencapaian dari penambahbaikan
yang telah dilakukan melalui PEMUDAH setakat ini, boleh didapati dengan melayari
laman webnya di www.pemudah.gov.my

Pembayaran Bil-bil
Kerajaan dalam tempoh 14 hari

Semua Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan
Negeri telah mengambil langkah untuk memastikan semua pembayaran bil-bil
termasuk kepada kakitangan dan juga pembekal perkhidmatan, dibuat dalam tempoh
14 hari bekerja berbanding dengan 30 hari sebelumnya.

  • Bagi bulan November 2007,
    sejumlah 316,001 bil telah diproses, berbanding
    280,511 dalam bulan Oktober 2007.
    Pembayaran yang dibuat dalam tempoh 14 hari berjumlah RM4.25 bilion atau
    96.1% daripada jumlah keseluruhan.
  • Bagi bulan Disember 2007, pembayaran sebanyak RM8.455
    bilion telah dibuat oleh Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan dalam tempoh 14
    hari atau 96.9% daripada jumlah keseluruhan pembayaran. Malahan, sebanyak 70.4%
    daripada jumlah keseluruhan telah dibayar dalam tempoh 7 hari.

Pemulangan balik cukai
dalam tempoh 30 hari

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sistem pemulangan
balik cukai secara automatik bagi
kes-kes lebihan bayaran dalam tempoh 30 hari.

Proses mendapatkan
pasport dalam tempoh 24 jam

Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya memproses permohonan mendapatkan
pasport baru dan juga pembaharuan seawal 2 jam dan selewat-lewatnya 24 jam.

Penubuhan Pusat Setempat
di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Pusat Setempat telah ditubuhkan di semua PBT. Pusat ini telah menempatkan
semua agensi Kerajaan yang terlibat dalam memproses kelulusan pelan bangunan
dan pembangunan dan telah berjaya mengurangkan tempoh pemprosesan daripada 281
hari kepada 134 hari. Sijil Kelayakan
Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation, CFO) yang dahulunya
dikeluarkan oleh Kerajaan telah digantikan dengan Sijil Penyiapan dan Pematuhan
(Certificate of Completion and Compliance, CCC), yang kini dikeluarkan oleh pihak industri. Sepanjang tahun ini usaha-usaha
penambahbaikan akan terus dijalankan meningkatkan lagi kecekapan Pusat
berkenaan.

Pelancaran e-KL
e-KL telah dilancarkan berdasarkan kepada prinsip ”Satu Kerajaan, Berbilang
Agensi” dan didukung oleh konsep ”No
Wrong Door Policy
.” Perkhidmatan
yang disediakan melalui e-KL merangkumi antara lain:

  • Perkhidmatan Online Menyeluruh (End-to-End
    Online Services
  • Pembayaran Elektronik;
  • Penyerahan Elektronik; dan
  • Komunikasi dan Pengaduan Elektronik.

Pendaftaran Perniagaan
Baru dalam masa 1 jam

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan perkhidmatan
pendaftaran perniagaan baru dalam masa 1 jam di samping perkhidmatan
pembaharuan lesen perniagaan dalam masa 15 minit. Di samping itu, kelulusan nama syarikat dan
penubuhannya boleh dibuat dalam masa 1 hari.

Penekanan Terhadap Audit
dan Integriti

Penekanan terhadap audit dan integriti telah dilakukan secara tegas tanpa
bertolak-ansur di dalam Perkhidmatan Awam.
Tindakan sewajarnya telah diambil terhadap penjawat awam yang tidak
patuh. Dalam hal ini, Kerajaan juga
tidak teragak-agak untuk melakukan penukaran kepimpinan dan pengurusan di
peringkat tertinggi. Pemantauan terhadap projek dan perbelanjaan untuk menilai
dan memastikan tahap akauntabiliti dan ketelusan telah dilaksanakan secara rapi
dengan menggunakan Sistem Pemantauan Projek II (SPPII) yang telah dibangunkan
sendiri oleh pihak Kerajaan.

Interaksi
Kerajaan-Pelanggan

Tahun 2007 menyaksikan peningkatan interaksi di antara Pegawai Kerajaan
dengan pelanggan, pihak media, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Penduduk, dan orang awam secara
amnya. Ketua-ketua Setiausaha,
Ketua-Ketua Pengarah, dan kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan telah menumpukan
aktiviti-aktiviti interaksi ini termasuk melalui perundingan dan perbincangan;
yang secara dasarnya menjadikan mereka lebih mudah didekati oleh orang awam
tanpa halangan protokol. Usaha seumpama
ini akan terus diberikan penekanan pada tahun ini.

Memberikan Maklumbalas
kepada Pihak Media

Laman
web PEMUDAH telah dibangunkan bertujuan untuk menerima dam memberikan
maklumbalas terhadap semua aduan dan pandangan dalam tempoh 3 hari. Semua Kementerian telah diarahkan untuk
memberikan maklumbalas ke atas Surat-surat yang ditulis Kepada Editor (Letters
to Editors
). Alamat emel Ketua
Setiausaha Negara juga telah diumumkan kepada orang ramai bagi membolehkan
mereka berkomunikasi terus dengan beliau.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article