- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Akses ICT, Manfaat Menyeluruh

Must read

Untuk Sekolah Di Pedalaman

Bagi kawasan yang terletak jauh di pedalaman seperti di Limbang, sudah pastinya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat membantu dalam meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Malah projek ini adalah bertujuan untuk kegunaan pembelajaran dan pendedahan ICT kepada semua peringkat pelajar selain untuk kegunaan guru.

Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9), kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan besar untuk tujuan tersebut.

Hasil tinjauan RAKAN Sarawak baru-baru ini, di bahagian tersebut, difahamkan sejumlah RM2.2 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan makmal komputer manakala sejumlah RM1.5 juta pula untuk Program Pusat Akses yang turut mengandungi kemudahan komputer dan akses internet dalam RMK 9. Itu adalah sebahagian daripada 153 buah projek Jabatan Pelajaran.

Projek Pembinaan Makmal Komputer tersebut melibatkan 9 buah projek iaitu di daerah Limbang (6 buah) dan daerah Lawas (3).

Antara komponen projek tersebut ialah penyiapan satu blok bangunan untuk makmal komputer.

Sekolah terbabit ialah SK Tedungan, SK Pengkalan Jawa, SK Bukit Luba, SK Lubok Tekurok, SK Limpaki, SK Kuala Penganan, SK Aru baru, SK Belipat dan SK Long Tukon.

Manakala bagi Program Pusat Akses pula sebanyak 30 buah projek dengan masing-masing 15 buah di daerah Limbang dan daerah Lawas.

Salah sebuah sekolah yang telah pun mendapat manfaat daripada projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia ke lapan (RMK 8), ialah SK Melayu Pusat, Limbang

Menurut Penolong kanannya, Yusuf Mattasan berkata kemudahan itu banyak memudahkan pengajaran dan Pembelajaran di sekolahnya.

Jelasnya lagi, ia amat membantu terutamanya subjek yang diajar memerlukan penggunaan ICT walaupun ada kemudahan LCD dan alat bantuan mengajar lain.

Katanya, terdapat 20 buah komputer di makmal tersebut yang mampu menempatkan sejumlah 40 orang murid pada satu-satu masa manakala Pusat Akses yang mula digunakan pada tahun lepas dilengkapi dengan 10 buah komputer.

Morpiah Salleh, Penyelaras Pusat Sumber dan Pusat Akses di sekolah terbabit pula, berkata di pusat akses, yang mula digunakan tahun 2006 berupaya menyediakan kemahiran dan meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi dengan bimbingan guru.

Kemudahan lengkap untuk P & P

Program Pusat Akses untuk manfaat semua

Kasmina Binti Yaman dan Jamilah Binti Yusuf, antara guru di SK Melayu Pusat sedang menggunakan kemudahan di makmal komputer Makmal Komputer di SK Melayu Pusat


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article