- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

CIQ Tedungan Baru

Must read

Urusan Keluar Masuk Sempadan Menjadi Lebih Cekap

Menjadi antara laluan sempadan yang tersibuk di Sarawak, CIQ Tedungan, Limbang yang kini sedang dalam proses pembinaan bernilai RM37.45 juta akan dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan keluar-masuk terutama di kawasan sempadan Malaysia (Limbang) dan negara (Brunei).

Menurut Menurut Encik Barsil Latip, Timbalan Penolong Penguasa Imigresen, kesesakan pada Pos Kawalan Imigresen pada musim perayaan dan hujung minggu yang ada kini masih terkawal.

Namun, jelasnya kadangkala laluan 2 bagi keluar dan masuk yang ada kini tidak mencukupi dan kesannya kesesakan begitu jelas dapat dilihat pada setiap musim perayaan sehingga ada satu ketika pengguna terpaksa menunggu hingga ke 6 jam.

Ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai jumlah kemasukan pada tahun lepas, jelasnya berdasarkan statistik tahun lepas (2007), lebih 2 juta pengunjung memasuki sempadan terbabit.

Secara purata, dalam masa sehari terdapat kira-kira 2,000 pengunjung menggunakan pos kawalan terbabit dan jumlah tersebut mencecah sehingga kira-kira 7,000 pengunjung pada musim perayaan.

Projek CIQ Tedungan apabila siap nanti, mampu melancarkan perjalanan keluar masuk dengan wujudnya 10 laluan masuk dan 10 laluan keluar, berbanding yang ada kini 2 laluan keluar dan masuk.

Komponen projek CIQ Tedungan mengandungi bangunan utama dan Pusat Pemeriksaan, Pusat Pemeriksaan LKIM, Blok Pentadbiran LKIM, Kelas G Kuarters (1 blok), Kelas E Kuarter (1 blok), Kelas F (1 blok) serta dilengkapi dengan dewan serbaguna dan tadika, kantin dan surau.

Selain itu, CIQ Tedungan menempatkan lebih banyak agensi kerajaan berkaitan antaranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertanian.

Ia diharap mampu meningkatkan sistem penyampaian kepada orang awam di samping memberikan kesan ekonomi positif kepada pembangunan kawasan baru di sebelah Bahagian Limbang.

Pos Kawalan Imigresen yang lama mula dibina dan digunakan pada tahun 1994 dan menempatkan agensi kerajaan seperti Kastam, Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Pertanian dengan waktu beroperasinya dari 6 pagi hingga 10 malam.

Pos kawalan yang lama Encik Barsil Latip menunjukkan kuarter yang telah dibina

CIQ Tedungan sedang dalam pembinaan


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article