- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pelaksanaan RMK9

Must read

Bagi Limbang Berjalan Lancar

Projek Rancangan Malaysia kesembilan yang dilaksanakan di Limbang berjaya dilaksanakan dengan berkesan dan menunjukkan prestasi yang tinggi.

Sejumlah RM102.7 juta juta telah dibelanjakan daripada peruntukan RM123.3 juta (peruntukan persekutuan) manakala bagi peruntukan negeri sebanyak kira-kira RM30 juta daripada RM69 juta.

Demikian menurut Residen Bahagian Limbang, Maria Hasman yang turut menyatakan bahawa sehingga kini (tahun ke 3) pelaksanaan RMK9, prestasi kewangan persekutuan bagi dua (2) tahun berturut-turut secara kumulatifnya ialah 83 peratus, manakala bagi peringkat peruntukan negeri pula 44 peratus dengan setiap tahun menunjukkan peningkatan 20 peratus.

Beliau berkata demikian kepada RAKAN Sarawak ketika diminta mengulas mengenai pencapaian dan prestasi kewangan bagi dua (2) tahun tersebut.
Namun prestasi pada peringkat persekutuan dilihat lebih menyerlah.

Dari rekod yang diperolehi daripada Unit Perancangan dan Pembangunan) Pejabat Residen Bahagian Limbang, menurut Raymond Achen, Pegawai Tadbir Pembangunan, (setakat Januari 2008), bagi peruntukan persekutuan, terdapat sejumlah 236 buah projek mempunyai bilangan projek terbanyak dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dengan Jabatan Pelajaran 153 buah projek, diikuti Jabatan Kerja Raya (15 buah projek), Jabatan Pertanian (13 buah projek), Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Imigresen, masing-masing dengan 10 buah projek.

Manakala Pejabat Kesihatan dengan 9 buah projek, diikuti Jabatan Kemajuan Masyarakat Sarawak (dengan 6 buah projek), sementara manakala dua buah Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Lawas (4 projek) dan Majlis Daerah Limbang (3 projek). Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Laut Sarawak dan Jabatan Penjara, masing-masing pula dengan 2 buah projek.

Hanya sebuah projek masing-masing diperuntukkan dalam RMK9 untuk Mahkamah Majistret, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Meteorologi dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Lawas.

Bagi peruntukan negeri, terdapat 69 buah projek kesemuanya, Jabatan Pertanian melaksanakan 24 buah projek, diikuti Jabatan Kerja Raya (11 buah projek), Jabatan Tanah dan Survei dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Tanah (KPLB & KT) masing-masing dengan 8 buah projek, Majlis Daerah Lawas dan Majlis Daerah Limbang pula dengan 4 buah projek.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Yayasan Sarawak dengan 3 buah projek, Jabatan Agama Islam Sarawak dengan 2 projek dan masing-masing sebuah projek oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan.

Antara projek utama dalam RMK9 di Bahagian Limbang ialah pembinaan Pos Imigresen Tedungan, Limbang yang berharga RM37.45 juta, projek pembinaan dan penyiapan Jambatan Batang Trusan, Limbang bernilai RM20.6 juta, pembaikan dan penurapan jalan Lawas-Trusan sepanjang 17.5 km dengan kos RM9.76 juta.

Projek lain pula ialah projek pembinaan jalan di Town Extension Area dengan 5.6 km jalan yang menyambung jalan Muhibbah dan Jalan Limpaki dan projek Makmal Komputer melibatkan 9 buah sekolah (Daerah Limbang (6) dan Daerah Lawas (3).

Bahagian Limbang keseluruhannya mempunyai keluasan 7,790 km persegi yang mengabungkan daerah Limbang seluas 3,978.1 km persegi dan daerah Lawas 3,811.9 km persegi.

Terletak di utara Sarawak, Limbang bersempadan dengan Sabah, Brunei dan Indonesia.

Limbang terbahagi kepada dua daerah iaitu Daerah Limbang dan Daerah Lawas, serta tiga daerah kecil iaitu Nanga Medamit, Sundar dan Trusan. Bandar Limbang adalah pusat pentadbiran bagi Bahagian ini.

Projek pembinaan jalan di Town Extension Area dengan 5.6 km jalan yang menyambung jalan Muhibbah dan Jalan Limpaki

Bandar Limbang semakin pesat membangun

Antara projek yang siap dalam RMK8

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article