- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ruang Lebih Luas dan Selesa,

Must read

Pertingkat Perkhidmatan Perpustakaan di Marudi


Keadaan perpustakaan yang luas dan selesa, sudah pastinya menjadi idaman kepada pengemar buku dan menyediakan suasana yang kondusif untuk mengulangkaji pelajaran dan perbincangan.

Bagi kakitangannya pula, ia adalah amat membantu dari segi memberi perkhidmatan terbaik kepada penggunanya.

Begitulah keadaan yang diperlukan, menurut Jonas Ak Rayih, Pembantu Perpustakaan yang berkata dengan siapnya Perpustakaan Marudi pada tahun lepasd dengan dijangka berpindah ke tapak baru pada Jun tahun ini (2008), pastinya suatu berita gembira buatnya dan enam (6) kakitangan di Perpustakaan Marudi.

Ketika ini, lokasi perpustakaan lama yang kecil terletak di tengah-tengah Pekan Marudi tidak lagi dapat menampung jumlah penggunanya dan bahan bacaan yang semakin bertambah.

Setakat ini terdapat, sejumlah 90,730 koleksi bacaan (Bahasa Melayu), 15,087 (Bahasa Inggeris), 5,316 (Bahasa Cina) dan Iban (6 buah).

Perpustakaan Marudi yang baru menelan belanja RM3 juta, mempunyai reka bentuk bangunan 3 tingkat yang menarik di kawasan tanah seluas 1 ekar, kira-kira 5 km dari Pekan Marudi.

Secara amnya, pada tingkat bawahnya ia menempatkan Seksyen untuk Kanak-kanak, Ruang Membaca dan Pejabat.

Tingkat duanya pula terdapat Seksyen untuk orang dewasa, dilengkapi sistem Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan pelbagai guna manakala tingkat atasnya pula mengandungi bilik ulangkaji dan ruang membaca yang lebih luas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article