- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Usahawan Teknikal Bumiputera Luar Bandar,

Must read

Giat MARA Laksanakan Tanggungjawabnya

Walaupun berada agak jauh ke pedalaman, tu tidak pernah mematikan semangat tenaga pengajar di Pusat Giat Mara Baram, Marudi yang melatih generasi muda yang berminat dalam bidang berteraskan kemahiran teknikal.

Ia bukan sahaja membantu mereka yang tercicir daripada mengikuti pendidikan formal malah melengkap diri mereka dengan kemahiran yang tinggi.

Hasil tinjauan RAKAN Sarawak baru-baru ini, ke daerah tersebut, Pengurusnya, Awang Abadi Bin Awang Dilah berkata sejak penubuhannya pada tahun 2003, ia telah berjaya melahirkan seramai 192 orang pelatih.

Ketika itu, menurutnya hanya bermula dengan kursus pertama yang dianjurkan ialah Kursus Membaiki Motosikal (KMM), sehinggalah tahun 2004 diperkenalkan Teknologi Automotif Kenderaan Komersil (TAKK).

Jelasnya lagi, pihaknya merancang untuk memperkenalkan kursus baru mulai Julai ini (2008), iaitu Juruteknik Sistem Komputer.

Kebanyakan pelatih, menurutnya adalah pelajar yang datang jauh daripada kawasan pedalaman dalam daerah Marudi dan daerah Kecil Long Lama.

“Kita memberikan peluang seluasnya kepada mereka, dengan syarat mereka menunjukkan minat untuk belajar”, kata Awang Abadi selain syarat asas iaitu berumur 14 tahun ke atas dan mampu membaca, menulis dan mengira.

Pembelajaran dan pengajaran di sini, menurutnya lebih mengutamakan aspek amali agar pelatih mahir dalam bidang tersebut.

Kemudahan asrama turut memudahkan pelatih yang jauh untuk mengikuti latihan di sini, di samping beberapa kemudahan lain seperti kelengkapan komputer turut disediakan.

Katanya, lepasan daripada latihan turut diberi pilihan untuk memasuki latihan usahawan, dengan penerapan asas teori usahawan dan beberapa kursus. Di inkubator tersebut, mereka diberi tunjuk ajar tentang kaedah menyediakan kertas kerjauntuk mendapatkan pinjaman dan menubuhkan syarikat..

Ditanya mengenai masa depan pelatih ini, jelasnya sebahagian besar mendapat pekerjaan dan ada juga yang melanjutkan pengajian tinggi seperti Institut Kemahiran MARA (IKIM)

Bagi meningkatkan lagi promosi di kawasan terbabit, pusat giat MARA memperbanyakkan aktiviti khidmat masyarakat antaranya membuat gotong-royong dan memperbaiki rumah panjang.

Mengenai penerimaan pelajar, tenaga pengajarnya Mohd Redzul Adzwandy B.Usop dan Mazlan Bin. Amir, rata-rata berkata kebanyakan pelatih memahami dan dapat menerima pembelajaran walaupun mungkin pada awalnya ada agak perlahan. Tetapi lama kelamaan, mereka dapat mengikutinya.

Laing Mering, 23 dari Long Miri (6 jam perjalanan) ke Marudi, yang baru sahaja mengikuti latihan Januari 2008 lepas berkata peluang ini tidak akan dilepaskan memandangkan dia begitu meminati hal berkaitan mekanikal.

Paul Emang, 18, Uma Bawang, Long Lama turut berkongsi perasaan gembira apabila mendapat tahu mengenai peluang yang disediakan pihak giat MARA.

Dia yang bercita-cita ingin membuka bengkel sendiri, mengetahui peluang tersebut melalui promosi yang dilaksanakan di kawasan mereka, turut menyertai 10 orang lagi rakannya.


Statistik Ringkas

Bilangan pelatih yang mendapat pekerjaan  (59)

Bilangan pelatih melanjutkan pelajaran (16)

Bilangan pelatih dalam inkubator (9)

Bilangan pelatih yang baru menamatkan latihan (22)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article