- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Bangunan Pejabat Baru Pakan

Must read

Tidak dinafikan mutu dan kualiti perkhidmatan berupaya ditingkatkan sekiranya, disokong dengan kemudahan fizikal yang lengkap.

Keadaan ini pasti memberi kesan besar lebih-lebih lagi bagi sebuah daerah kecil yang telah dinaiktaraf kepada daerah penuh seperti daerah Pakan, pengharapan masyarakat untuk mendapat perkhidmatan yang berkualiti pastinya amat tinggi.

Sejajar dengan perkembangan tersebut, projek pembangunan Pejabat Daerah Pakan baru yang kini sedang dalam proses pembinaan adalah amat bertepatan dalam memenuhi keperluan tersebut.

Dibina di tapak bangunan yang lama, pembinaan dan penambahan blok bangunan yang baru adalah bersebelahan dengan bangunan yang lama.

Bangunan yang lama telah dibina 15 tahun yang lalu, tidak lagi berupaya menampung keperluan masyarakat yang berurusan di pejabat tersebut.

Projek bangunan dua (2) tingkat tersebut yang bermula Oktober tahun lepas (2007) dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2009.

Secara keseluruhannya, di tingkat bawahnya, turut menempatkan dua (2) buah agensi kerajaan iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat Persekutuan (KEMAS) dan Jabatan Kebajikan, selain bagi bilik antaranya bagi ketua masyarakat, ICT dan kaunseling.

Tingkat atasnya pula, antaranya terdapat bilik untuk pegawai daerah, konsultasi, sumber, pejabat am, bilik mesyuarat, bilik operasi dan bilik menunggu.

Pejabat daerah Pakan yang baru tersebut, adalah sebahagian daripada 10 buah projek bangunan fizikal melibatkan Pejabat daerah seperti yang diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Wilson Baya semasa Perhimpunan Perkhidmatan Awam 2007 tahun lepas.

Selain di Pakan, pejabat daerah yang baru akan dibina di Saratok, Lingga, Sadong Jaya, Lubok Antu, Engkili, Lawas, Serian, Long Lama dan Padawan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article