- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Projek Mini Estet, Libatkan Penyertaan Menyeluruh Masyarakat

Must read

Pelbagai pendekatan dan program telah dirancang untuk mengajak penglibatan rakyat dalam pembangunan pertanian.

Mengambil contoh Bahagian Betong, kini bukan sahaja dibangunkan dengan pertanian berskala besar untuk seperti tanaman kelapa sawit (agensi terlibat seperti SALCRA, MPOB dan FELCRA) dan pengeluaran buah-buahan seperti IADA Kalaka-Saribas (Program Pembangunan Pertanian Bersepadu), malah kepentingan pembangunan berskala kecil seperti mewujudkan mini estet turut termasuk dalam program pembangunan pertaniannya untuk muncul antara pusat pengeluaran pertanian utama di negeri ini.

Ini direalisasikan melalui beberapa projek mini estet untuk tanaman berpotensi besar seperti tanaman getah, rumbia dan kelapa sawit yang bersesuaian dengan kemampuan peserta yang mempunyai keazaman tinggi dan minat untuk mengusahakan tanah mereka.

Perkembangan ini dijelaskan kepada RAKAN Sarawak, oleh pegawai pertanian Betong, Encik Wau Andol mengenai usaha yang diambil Jabatan Pertanian Sarawak memperkenalkan pendekatan mini estet bagi membantu peserta melibatkan diri dalam sektor pertanian.

Menurut Encik Wau Andol, ini dapat disaksikan melalui peningkatan jumlah mereka yang ingin melibatkan diri dalam projek tersebut.

Mengikut rekod, bagi tanaman getah, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), terdapat sejumlah 138 orang peserta dengan keluasan keseluruhan tanah 500 hektar.Kebanyakan projek mini estet berpotensi bertumpu dalam kawasan Debak.

Melalui konsep pembangunan mini estet ini, kerajaan akan membantu dengan penyediaan tapak (melalui kontraktor yang dilantik) termasuklah melaksanakan peringkat penanaman di tanah peserta sebelum diserahkan kepada peserta terlibat. Kebiasaanya selepas lima (5) tahun, ia diserahkan kepada peserta untuk diurus sendiri.

Ketika itu, menurutnya jabatan pertanian akan bertindak memantau keadaan di samping memastikan mereka menggunakan kaedah yang betul dan sistematik bagi memaksimumkan hasil dan kualiti susu getah yang diperolehi.

Katanya potensi tanaman getah yang mempunyai nilai tinggi di pasaran antara faktor mengapa ramai yang memilih untuk menyertai projek ini, di samping pokoknya mempunyai jangka hayat sehingga 25 tahun.

Secara puratanya, dalam sehektar, sejumlah 600 pokok getah ditanam dengan benih berkualiti Siri 2000/ PP 206.

Antara kawasan mini estet getah tersebut, ialah di Ulu Bayor, Beduru/Plandok, Spaoh dan Pok dalam daerah Saribas manakala Kumpai dan Nanga Pauk di daerah Saratok.

Projek mini estet getah tersebut telah pun bermula sejak RMK 7 lagi, dengan kebanyakannya sudah diserah kepada peserta terlibat. Dalam tempoh tersebut, sejumlah 995 orang dengan keluasan keseluruhan kira-kira 4,028 hektar telah menjayakan konsep ini dengan 504 orang peserta datangnya dari daerah Saribas dengan keluasan sebanyak kira-kira 2,247 hektar dan 491 orang peserta dari daerah Saratok (1,781 hektar)

Manakala untuk RMK8, sejumlah 687 orang peserta terlibat dengan keluasan tanah keseluruhannya kira-kira 3,250 hektar, kebanyakan tanaman kini masih dalam proses penanaman.

Bagi projek mini estet tanaman rumbia pula, jelas Encik Wau, ia baru diperkenalkan dalam RMK8.

Tumpuan diberikan kepada daerah Saribas yang merangkumi kawasan antaranya seperti di Kenarang/Belassau, Belok/Dit, Jerai dan Spaoh/Bebuling. Keseluruhan kawasan yang terlibat ialah kira-kira 1,875 hektar dengan 352 orang peserta.

Secara purata bagi 1 hektar , ia boleh ditanam dengan kira-kira 270 pokok.

Jelasnya lagi, potensi pasaran bagi tanaman tersebut, ialah bagi memenuhi pasaran tempatan terutamanya untuk industri hiliran di Pusa.

Tanaman kelapa sawit pula antara projek yang baru diperkenalkan dalam RMK8 dengan jumlah keseluruhan keluasan kira-kira 258 hektar dan disertai oleh 163 orang peserta dengan tumpuan kepada kawasan Bungin dan Nanga Pasa/ Pasa Atas.

Ia dijangka memberikan manfaat kepada pengusaha kecil untuk bersama-sama meraih hasil.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article