- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pusat Sumber Sekolah Menjana Kecemerlangan Sekolah

Must read

oleh George Langat Ngau

Pusat Sumber
Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam menjana kecemerlangan sesebuah
sekolah yang berupaya menjadi pusat ilmu

Faktor perubahan
teknologi masa kini bukan sahaja sedikit sebanyak dapat merubah kualiti PSS ke
arah yang lebih cekap dan sistematik, namun sistem pengurusan dan penggunaannya
secara maksimum dan berkualiti akan dapat menentukan kecemerlangannya.

PSS telah adalah
satu komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutamanya
dalam pelaksanaan kurikulum KBSR dan KBSM.

Hakikat ini
dinyatakan dengan jelas dalam penerbitan Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 1990 berjudul ‘Sukatan Pelajaran Pengurusan Pusat Sumber Sekolah’ yang
memberikan penekanan kepada pentingnya pengwujudan Pusat Sumber di
peringkat sekolah, kawasan, daerah dan negeri.

Antara objektif
Pusat Sumber Sekolah adalah:

  1. Membantu sekolah membuat penilaian kendiri mengenai
    status pengurusan dan penggunaan PSS berdasarkan kriteria-kriteria yang
    ditetapkan.
  2. Membantu sekolah meningkatkan prestasi pengurusan
    sumber pendidikan, perkhidmatan sumber dan penggunaan sumber pendidikan.
  3. Mengumpulkan maklumat tentang kekuatan dan kelemahan
    aspek-aspek pengurusan dan penggunaan PSS untuk membantu meningkatkan
    P&P melalui proses perancangan perkhidmatan pendidikan di sekolah.
  4. Mewujudkan piawaian untuk keseragaman pentadbiran.

Menubuhkan PSS
mungkin tidak sukar namun untuk memastikan piawaian PSS yang telah ditetapkan
dipatuhi bukan pula perkara yang mudah. Piawaian PSS bertujuan untuk
meningkatkan prestasi akademik sekolah menerusi penggunaan PSS.

Piawaian ini akan
meneliti tiga bidang dalam pengendalian PSS iaitu Pengurusan, Kemudahan dan
Perkhidmatan (Penggunaan).

Setiap pecahan,
kriteria tersebut diberi satu markah. Pencapaian setiap bahagian dan
keseluruhan akan digred berdasarkan markah yang diperolehi. Skil gred adalah
seperti berikut:


Gred A
Gred B
Gred C
Gred D
Penilaian
Julat Markah
Julat Markah Julat Markah Julat Markah

Pengurusan

(60 markah)

46 –
60
31 –
45
16 –
30
1 – 15

Kemudahan

(40 markah)

31 –
40
21 –
30
11 –
30
1 – 10

Penggunaan

(50 markah)

38 –
50
26 –
37
13 –
25
1 – 12

Jumlah
Keseluruhan

(150 markah)

113 –
150
76 –
112
38 –
75
1 – 37

Sumber : Bahagian
Teknologi Pendidikan,Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

Antara aspek pengurusan yang dinilai
adalah:

  1. Penubuhan Jawatankuasa Induk dan
    Jawatankuasa Kerja (semasa, kemaskini, carta dipamer dan berfungsi).
  2. Mengadakan perbincangan / mesyuarat.
  3. Pelan Tindakan / 4PQ disediakan.
  4. Inovasi (pelbagai, kreativiti PSS).
  5. Kawalan (peraturan, jadual, sistem
    pengrekodan).
  6. Pengendalian bahan (proses teknik,
    susunan bahan, kerja baikpulih).
  7. Promosi budaya PSS (risalah PSS /
    aktiviti,pelan, pengumuman).
  8. Penilaian dan penyediaan Laporan
    Tahunan.

Aspek Kemudahan yang dinilai pula
adalah:

  1. Fizikal (berpusat, terpisah,
    bergerak).
  2. Perabot (mencukupi, sesuai,
    tersusun).
  3. Koleksi bahan (pelbagai seperti
    bahan bercetak dan bahan elektronik).
  4. Akses (mudah dikunjung dan mesra
    pengguna).
  5. Keceriaan.

Aspek Penggunaan yang dinilai
adalah:

  1. Masa buka (ditetapkan, ada jadual).
  2. Galakkan penggunaan bahan dan ruang.
  3. Pelbagai aktiviti dijalankan (kursus
    dalaman, penghasilan bahan, pertandingan, rumusanbuku, papan buletin).
  4. Memupuk amalan kemahiran maklumat
    (kemahiran perpustakaan, kemahiran membaca, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
    komputer, kemahiran mencatat nota, membuat rujukan).

Ciri-ciri PSS yang cemerlang adalah:

  1. Pengurusan yang berwawasan
    pendidikan.
  2. Sistem pengurusan dan pengrekodan
    yang piawai, kemaskini dan lengkap.
  3. Struktur organisasi yang berfungsi.
  4. Kemudahan selesa, menarik dan
    mesra-guna.
  5. Penggunaan kemudahan secara kreatif,
    maksimum dan merentasi kurikulum.
  6. Pelbagai aktiviti (kurikulum dan
    ko-kurikulum) yang bersepadu dengan P&P dijalankan sepanjang tahun.
  7. Wujud program bimbingan dan promosi
    penggunaan.
  8. Ada sistem penilaian peranan yang
    berkesan.
  9. Koleksi sumber sesuai, mencukupi,
    terkini dan menarik.
  10. Pelanggan memahami peranan Pusat
    Sumber.
  11. Pelanggan tahu pengurus / staf Pusat
    Sumber.

Dengan adanya ciri-ciri PSS
yang cemerlang ini maka keupayaan sekolah akan dapat digerakkan secara maksimum
demi menjanakan lagi kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya. Inilah
peranan yang perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sekolah demi meningkatkan
penggunaan dan pengurusan PSS.


Artikel sumbangan George Langat Ngau

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article