- Advertisement -spot_img
4,807
published news
and counting

Tawaran Biasiswa Program Ijazah Luar Negara 2008

Must read

Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 4 Mac 2008
memaklumkan bahawa pihaknya kini membuka tawaran kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara di peringkat
Ijazah Pertama
untuk memohon biasiswa daripada JPA dalam bidang-bidang
kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar,
Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan
oleh perkhidmatan awam dan negara.

Kaedah permohonan adalah sepenuhnya secara on-line (atas talian) melalui portal www.jpa.gov.my dan tiada sebarang bayaran
dikenakan.

Iklan tawaran boleh diperolehi di portal www.jpa.gov.my dan juga akhbarakhbar utama
tempatan pada 9, 10, 12 dan 16 Mac 2008 dan calon perlu merujuk ke portal
www.jpa.gov.my
untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan Program Ijazah Luar
Negara (PILN) 2008 yang akan mula dibuka pada 9 Mac
2008. Permohonan secara atas talian (on-line) boleh dibuat mulai tarikh
keputusan SPM 2007 diumumkan secara rasmi.

Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa kerajaan/JPA adalah
seperti berikut:

  • Pencapaian
    akademik
  • Penglibatan
    dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Prestasi
    temuduga, dan
  • Sosio-ekonomi
    / Latarbelakang keluarga.

Calon-calon
yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa
asing seperti bahasa Jerman, Perancis atau Jepun akan diberi pertimbangan
sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negaranegara berkenaan.

Program
Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac 2008 di
hospital-hospital kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA. Calon yang memohon
untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri program
ini.

Maklumat
umum berkaitan penawaran biasiswa kerajaan/JPA juga boleh diperolehi dengan
menghubungi talian 03-88853412 (5 talian) mulai 10 Mac 2008 ataupun hadir
sendiri di kaunter-kaunter Bahagian Latihan, JPA sempena Program JPA Bersama
Pelanggan pada setiap hari Jumaat terakhir setiap bulan bertempat di Lobi, Blok
C2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai jam 8.00 pagi hingga
12.00 tengahari.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article