- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PROTIM Bantu Pelajar Lemah

Must read

oleh George Langat Ngau

Program Pemulihan 3M (PROTIM) dijalankan bertujuan untuk membantu murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 5) yang belum berupaya menguasai kemahiran membaca dan menulis dan bertujuan memastikan murid yang tamat persekolahan rendah dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.

Bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan berkesan, Modul Kemahiran Asas Membaca dan Menulis telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu guru dan murid yang terlibat yang telah disusun mengikut kesesuaian pembelajaran bagi pelajar sasaran.

Terdapat 18 unit pembelajaran dalam modul ini iaitu 18 senarai kemahiran asas membaca dan menulis yang mewakili pecahan membaca dan menulis. Bahan pengajaran lain yang sedia ada di sekolah boleh digunakan bersama-sama dengan modul ini.

Bagi setiap unit pembelajaran, ia adalah berdasarkan struktur kandungan berikut:

  1. Senarai kemahiran asas berbahasa, membaca dan menulis bagi setiap unit pengajaran dan pembelajaran.
  2. Setiap unit mengandungi beberapa aktiviti yang membantu guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Latihan untuk murid juga disediakan untuk tujuan membolehkan murid menguasai kemahiran ini.


Setiap unit pembelajaran juga dinyatakan objektif yang perlu dicapai. Objektif ini bertujuan untuk menentukan sasaran pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam satiap pembelajaran terdapat panduan pengajaran dan pembelajaran untuk guru bagi menilai pencapaian kemahiran berbahasa asas membaca dan menulis melalui aktiviti yang dijalankan.

Penilaian formatif juga disediakan pada akhir setiap unit pembelajaran. Murid perlu menguasai kemahiran bagi sesuatu unit pembelajaran tersebut sebelum beralih ke unit pembelajaran seterusnya. Cadangan langkah pengajaran juga diberikan untuk guru agar pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Guru digalakkan menggunakan kreativiti mengubahsuai serta menambah langkah pengajaran mereka agar murid lebih seronok dan memahami pelajaran mereka.

Murid Tahap 2 yang mengikuti program ini perlu mencapai tahap piawaian yang ditetapkan supaya benar-benar menguasai 3M.

Latih tubi dan pengulangan latihan akan dilakukan sekiranya pencapaian murid mesih rendah bagi memastikan pada akhir pembelajaran program ini murid menguasai kemahiran 3M ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article