- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sistem Pelaksanaan Pemerintahan Akan Diperkemas

Must read

Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik dari BERNAMA pada 14 Mac 2008 berkata beliau
akan memberi penekanan sepenuhnya bagi memperbetulkan sistem pelaksanaan
pemerintahan serta menjamin wujud pengagihan saksama antara kaum dalam usaha
memastikan tidak ada lagi perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.


Perdana
Menteri percaya terdapat hubung kait antara timbulnya perasaan tidak puas hati,
terutama dalam pengagihan pelbagai kemudahan dan projek, dengan punca kurangnya
sokongan rakyat terhadap parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
ke-12 yang baru berakhir.


"Mereka tidak menentang, tidak mengatakan tidak puas hati dengan rancangan
pembangunan yang ditetapkan, (tetapi) mereka mempersoalkan tentang pelaksanaan,
itu yang mereka kurang puas hati mengenainya.


"Dasar-dasar
telah kita tetapkan, projek-projek telah mula dilaksanakan, atau
sekurang-kurangnya telah dilancarkan untuk pelaksanaan, maka untuk empat lima
tahun akan datang ini, yang akan saya beri perhatian ialah berkaitan
pelaksanaan," katanya semasa temubual dengan Bernama TV di kediaman
rasminya, di Seri Perdana di sini hari ini.


Beliau
berkata demikian ketika ditanya mengapa sokongan rakyat, terutama kaum India,
Cina dan Melayu terhadap BN dilihat sedikit menurun berdasarkan keputusan
pilihan raya umum Sabtu lepas berbanding pada pilihan raya umum sebelum ini.


Berhubung
pengagihan saksama antara semua kaum, Perdana Menteri berkata beliau akan
memastikan perkara itu dilaksanakan dengan lancar dan sebaik-baiknya bagi
menepati apa yang dikehendaki oleh rakyat.


Selain
itu, katanya, turut diberi keutamaan ialah mengenai aspek keamanan dan
keselamatan bagi menjamin keadaan negara yang stabil, aman dan selamat.


Menyentuh
mengenai pembentukan kabinet yang bakal diumumkan tidak lama lagi, Perdana
Menteri menegaskan beliau tidak akan melantik semula menteri-menteri yang telah
tewas pada pilihan raya kali ini.


Sebaliknya
kabinet baru akan dianggotai pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan mampu
melaksanakan apa yang dirancangkan oleh kerajaan, merangkumi menteri-menteri
daripada pelbagai kaum dan muka-muka baru yang menang pada pilihan raya itu,
katanya.


Ditanya
mengenai pelaksanaan projek-projek mega yang telah dirancang oleh kerajaan,
katanya projek-projek itu akan diteruskan kerana ia merupakan "janji
kerajaan kepada rakyat".


"Ini
rancangan kerajaan federal…kuasa
kerajaan federal meliputi semua
negeri yang ada dalam Malaysia ini. Kita akan laksanakan apa yang telah
dijanjikan sebab itu tanggungjawab kita untuk semua negeri…saya tidak akan
tarik balik, sebaliknya akan dipastikan semua berjalan dengan baik, elok dan
seperti yang diharapkan," katanya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article