- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kepentingan Vitamin C

Must read

Artikel sumbangan Natalia ak Peter Nokie

Kepentingan Vitamin C

Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, vitamin C teleh menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun.

Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua kesihatan kita dan berikut itu, tidak menghairkan apabila ia diberi tarikh hebat dan menjadi bahan kajian kepada para saintis sejak berdekad lamanya.

Feadah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan seriawan, sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah penyakit kronik yang utama dan masalah alahan. Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk deman dan deman selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Fakta Mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu kulit dan rawan yang sihat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu luka juga sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukkan dengan lemah seluruh badan, anaema dan edema). Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak, demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C Perlu Untuk Kesihatan?

Vitamin C perlu untuk:

  • Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal bebas merbahaya
  • Bertindak sebagai antioksidan yang berkesan
  • Membantu mencegah penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa Kita Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari?

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh disimpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan, dengan mudahnya disingkir keluar dari tubuh. Selain itu, ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultra ungu, sesetengah jenis bahan tambahan dalam makanan, bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia bergitu mudah termusnah sehingga kebanyakan Vitamin C hilah sebelum makanan tiba di atas maje. Berikut itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sering dalam proses penyembuhan perlu meningkatkan pengembilan Vitamin C.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article