- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Lubok Nibong Berubah Wajah

Must read

Sepanjang 30 tahun dahulu, ia hanya boleh dihubungi menggunakan perahu, namun sejak ada jalan kampung sepanjang 3.7 km yang dibina pada tahun 2006 yang menghubungkannya dengan jalan utama (Jalan Persisir Pusa/Sessang, kawasan Lubok Nibong, yang terletak di Bahagian Betong (dalam daerah kecil Kabong) tidak lagi terasing dan terpingir dari arus pembangunan.

Kalau dahulu, kebanyakan penduduk yang tinggal di sini, berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki tapi kini tempias pembangunan kian dirasai penduduk berhampiran terutamanya penduduk di Kampung Perpat.

Hasilnya, kawasan seluas 300 hektar yang kaya dengan pengeluaran padi kini boleh dipasar ke luar. Bukan setakat itu, penduduk sudah mula mengubah cara pemikiran mereka untuk lebih maju.

Bagi mereka, “kais pagi makan pagi” sudah semakin ditinggalkan dan melalui penambah nilai potensi beras wanginya sebagai salah satu tarikan baru kawasan tersebut yang nyata berpotensi besar untuk dimajukan sebagai produk pelancongan baru dan unik bagi negeri Sarawak.

Menyedari potensi kawasan tersebut semakin berkembang, Pejabat Residen dan Daerah Betong dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan lain telah mengambil inisiatif memperkenalkan Pesta Beras Wangi Lubok Nibong.

“Harapan kita ialah agar kawasan ini dapat dibangunkan dengan kelebihannya, seterusnya mengubah sosioekonomi kawasan ini,” kata Residen Bahagian Betong, Romie Sigan Daniel

Jelasnya, walaupun baru sahaja diperkenalkan pada tahun lepas (2007), Pesta Beras Wangi berpotensi untuk dikomersilkan memandangkan keunikan pesta tersebut, antara satu-satunya pesta bersempena varieti beras di kawasan terbabit.

Kejayaan tersebut juga turut mendorong Pejabat Residen dan Daerah Betong turut mengambil inisiatif untuk memperkenalkan beberapa kawasan lain menggunakan pendekatan yang sama yang dirancang pada tahun ini (2008) ialah Pesta Payak di Maludam.

Ini menurutnya, bertepatan, dengan keadaan Maludam yang kini boleh dihubungi dengan menggunakan perkhidmatan Feri di Tanjung Lilin (Batang Saribas) sejak tahun lepas (2007) menghubungkan Daerah Kecil Pusa dan Daerah Kecil Maludam, di samping akses jalan persisir Triso/ Melebu/Pusa.

Sebelum ini, pendekatan yang sama turut digunakan untuk merancakkan potensi kawasan lain, antara seperti Spaoh (Pesta Ikan Buntal), Saratok (Pesta Air Krian) dan Kabong (Pesta Tanjung Kembang).

Info Ringkas

  • Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), terdapat dua (2) projek utama pengairan bakal dilaksanakan di Betong iaitu di Sungai Sebelak (daripada Roban hingga ke kawasan Sessang dan Kabong) yang meliputi kawasan seluas 3,500 hektar dan Projek Bungin berkeluasan 3,000 hektar. Siling peruntukan RMK9 sebanyak RM10 juta telah diluluskan bagi Projek Sungai Sebelak manakala Bungin (RM13.7 juta)
  • Bagi projek di Sungai Sebelak yang dibahagikan kepada 3 blok, pada peringkat awalnya termasuklah kerja-kerja penyediaan infrastruktur, ban, perparitan, kunci air pada peringkat awalnya dan dijangka apabila siap nanti dijangka dapat melaksanakan penanaman padi dua (2) kali setahun.
  • Manakala Projek Bungin yang juga pada peringkat awalnya juga melibatkan penyediaan infrastruktur yang apabila siap nanti bagi tiga (3) tanaman utama. Antara yang dikenalpasti seperti kelapa sawit, kelapa dan koko.
  • Projek pengairan yang sedia ada sebelum ini ialah di Lubok Nibong dan Tanjung Sebekut, Spaoh.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article