- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah

Must read

Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Ismail
Adam, dalam satu kenyataan dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2008
memaklumkan pindaan peruntukan perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3
Tahun 1998 iaitu mengenai pihak berkuasa yang boleh meluluskan penerimaan
hadiah oleh Jabatan Kerajaan.

Pekeliling yang dikeluarkan pada 5 Mac
2008 yang lalu menyatakan bahawa pindaan ini adalag bertujuan untuk
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang mana Kerajaan telah
memutuskan kuasa memberi kebenaran bagi penerimaan hadiah yang bernilai
melebihi RM10,000.00 oleh Jabatan Kerajaan diturunkan daripada Perbendaharaan
kepada Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal.

Tarikh pemakaian pindaan itu adalah pada
tarikh peliling berkenaan dikeluarkan.

Syarat-Syarat
Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan

1. Kuasa meluluskan penerimaan hadiah
oleh Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturan berikut:-

  • Hadiah yang diterima hendaklah
    diberikan oleh penderma secara percuma tanpa sebarang syarat dan ikatan.
    Penderma-penderma pula tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Kerajaan.
  • Hendaklah dipastikan barang-barang
    atau peralatan-peralatan yang dihadiahkan adalah yang belum terpakai dan
    alat-alat gantinya pula mudah diperoleh. Barang atau peralatan tersebut
    hendaklah memberi manfaat atau faedah kepada Jabatan atau negara amnya.
  • Sesuatu hadiah itu diberikan oleh
    penderma secara sukarela dan bukan atas permintaan Jabatan Kerajaan yang
    berkenaan. Jabatan Kerajaan adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan
    hadiah atau derma dari mana-mana pihak sama ada pertubuhan atau orang
    perseorangan.
  • Penerimaan
    sesuatu hadiah itu tidak akan menyebabkan pewujudan jawatan baru bagi
    mengendalikannya. Dalam hal ini Ketua-Ketua Setiausaha dan Pegawai-Pegawai
    Pengawal hendaklah memastikan bahawa kakitangannya yang terlatih telah sedia
    ada dan mencukupi untuk mengendalikan hadiah yang diterima.
  • Peruntukan Kementerian dan Jabatan
    adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah yang diterima.
  • Ketua-Ketua Setiausaha dan
    Pegawai-Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab memastikan hadiah yang
    diterima digunakan mengikut apa yang dihasratkan oleh penderma.
  • Semua hadiah yang diluluskan
    penerimaannya hendaklah dimasukkan ke dalam inventori Jabatan.

2. Ketua-Ketua
Setiausaha dan Pegawai-Pegawai Pengawal dikehendaki menghantar kepada
Perbendaharaan satu laporan dengan salinan kepada Ketua Audit Negara apabila
sesuatu hadiah telah diluluskan penerimaannya. Dalam laporan tersebut hendaklah
dinyatakan butir-butir hadiah, nilainya, nama penderma dan tempat di mana
hadiah diletakkan.

3. Semua hadiah yang berupa wang tunai hendaklah
diambil tindakan dengan mewujudkan akaun amanah yang sesuai.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article