- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pasukan Inspektorat MAMPU

Must read

Pastikan
Penambahbaikan Berterusan Dilaksanakan

Aspek pemantauan amat
penting dalam memastikan setiap apa yang dirancang dapat diikuti dengan lancar.
Seterusnya, penilaian dapat dibuat terhadap pemerhatian dan pemantauan tersebut
yang berupaya memberi gambaran sebenar.

Pemantauan seperti lawatan
inspektorat yang telah diperkenalkan tahun lepas, sebagai salah salah satu
pendekatan dan mekanisme pemantauan ke atas agensi dan jabatan Kerajaan melahirkan
sebuah Perkhidmatan Awam yang berkesan, responsif dan berintegriti.

Ini membuktikan
kesungguhan kerajaan memenuhi keperluan masyarakat yang semakin mendesak di samping
menzahirkan komitmen perkhidmatan awam untuk memperkukuhkan pendekatan yang
telah dilaksanakan beberapa tahun lepas

Di seluruh negara,
dalam aspek pemantauan ini ia merupakan amanah yang besar dan terpikul di bahu Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang bertindak
menjadi sebagai urus setia serta dibantu agensi kerajaan dalam usaha memastikan
segala kriteria yang telah ditetapkan dipatuhi oleh setiap agensi dan jabatan
kerajaan Persekutuan.

Mendapat gambaran
lebih jelas mengenai sistem penyampaian perkhidmatan di Sarawak, RAKAN
Sarawak
sempat mendapat reaksi daripada Pengarah MAMPU Cawangan
Sarawak, Mohd Shahabuddin Omar.

Jelas beliau, lawatan
inspektorat tersebut bukanlah mencari kelemahan, tetapi lebih kepada
perbincangan bersama untuk mencapai meningkatkan lagi sistem penyampaian.

“Kita melalui beberapa
agensi kerajaan yang juga mempunyai kepakaran berlainan akan membimbing dan
membantu mereka”, katanya.

Katanya, setakat ini
lawatan seumpama itu yang turut disertai Setiausaha Persekutuan Sarawak dan ia
terbukti berupaya memberikan gambaran sebenar keadaan semasa setakat mana
pelaksanaan polisi dapat diikuti dan difahami.

Tambah Mohd
Shahabuddin lagi, dalam bidang kuasa MAMPU terdapat tiga (3) jenis lawatan
inspektorat dilaksanakan iaitu Inspektorat Kualiti, Inspektorat Khas dan
Inspektorat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), masing-masing dengan fokus yang berlainan.

Dalam Lawatan
Inspektoraf Kualiti, yang dilakukan oleh MAMPU, apa yang diitinjau lebih kepada
pelaksanaan piagam pelanggan, sistem kaunter, perhubungan pelanggan dan surat
pekeliling dan arahan-arahan pentadbiran manakala INTAN pula meninjau aspek
latihan dari segi latihan dan Jabatan Akauntan Negara pula memfokus kepada
aspek pengurusan kewangan.

Ia juga berperanan mengenal pasti kekuatan jabatan/agensi untuk ditandaaras (benchmark)
dan kelemahan jabatan/agensi berkenaan untuk dibuat penambahbaikan.

Inspektorat Khas merupakan satu inisiatif MAMPU Cawangan Sarawak
dalam memperkukuh pemantauan pelaksanaan program-program pembaharuan yang
diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di samping membantu jabatan/agensi dalam
pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Mengenai inspektorat ICT pula, jelas Encik Lee Kok Seng, Timbalan Pengarah Komunikasi dan Teknologi
Maklumat, ia lebih kepada penekanan bagaimana tahap keselamatan dan kesedaran
penggunaan ICT di pejabat serta
pematuhan pekeliling ICT.

Katanya usaha
mendidik mengenai ICT di sesetengah
jabatan kerajaan memerlukan masa memandangkan ia perlu menjadi sebahagian
daripada budaya kerja, antara yang ketara ialah seperti penggunaan emel rasmi
dan melakukan simpanan data.

Mengulas mengenai
pencapaian tahun lepas (2007), menurut Pengarahnya Mohd Shahabuddin Omar,
sebanyak tiga Lawatan Inspektorat Kualiti telah dijalankan, iaitu
ke atas Jabatan Alam Sekitar Sarawak (21
Mac 2007), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak (22
Ogos 2007) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (10 Disember 2007).

Manakala tiga (3) Lawatan Inspektorat Khas telah dijalankan, iaitu
ke atas Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu (12 Disember 2007), Pejabat
Pelajaran Gabungan Sibu (13 Disember 2007), dan Pejabat Pelajaran Gabungan
Kuching (21 Disember 2007).

MAMPU Cawangan Sarawak
telah mengadakan lawatan Inspektorat ICT
keempat agensi, iaitu Pejabat Kastam Diraja Kuching (22 March 2007), Jabatan
Penerbangan Awam Kuching (26 September 2007), Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kapit (20 November 2007), dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Sibu (21
November 2007).


Keanggotaan
Inspektorat

Lawatan Inspektorat Kualiti Ke Atas Jabatan/Agensi Persekutuan

Pasukan lawatan ini dipengerusikan oleh Setiausaha Persekutuan
Sarawak dan disertai oleh Pengarah dari Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak,
Jabatan Akauntan Negara Negeri Sarawak, Jabatan Pembangunan Negeri Sarawak,
Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan INTAN Sarawak.

Lawatan Inspektorat Khas Ke Atas Jabatan/Agensi Persekutuan

Dianggotai MAMPU Cawangan Sarawak

Lawatan Inspektorat ICT Ke Atas Jabatan/Agensi Persekutuan Negeri
Sarawak

Lawatan
Inspektorat ICT ini dianggotai oleh Pegawai Teknologi Maklumat dari MAMPU
Cawangan Sarawak dan juga Pegawai Teknologi Maklumat dari agensi persekutuan
lain di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article