- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SALCRA Perlu Tangkis Dakyah

Must read

Dengan
Meningkatkan dan Memanfaatkan Hasil R&D


Timbalan
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu dipetik oleh BERNAMA pada
28 Mac 2008 di Miri sebagai berkata adalah perlu Lembaga Penyatuan dan
Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) meningkatkan keupayaan penyelidikan dan
pembangunannya (R&D) untuk menangkis
kritikan daripada aktivis alam sekitar barat mengenai operasi peladangannya.

Beliau
berkata hasil daripada R&D bukan
hanya boleh mempertahankan operasinya tetapi juga meningkatkan daya saing
terutama dalam industri minyak sawit.

Katanya
lagi, aktivis alam sekitar barat sering menggunakan media mereka untuk
mensensasikan dakwaan mereka yang memburukkan reputasi peladangan Malaysia,
terutama di Sarawak dengan menyatakan bahawa aktiviti peladangan telah
menyebabkan gangguan kepada habibat Orang Utan dan dakwaan terbaru mereka ialah
aktiviti pembersihan tanah untuk tujuan peladangan di negeri itu telah
menyumbang kepada peningkatan pencemaran alam sekitar dan pemanasan global.

Pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan itu membuat dakwaan berkenaan tanpa memahami demografi Sawarak
iaitu habitat Orang Utan berada jauh daripada kawasan peladangan.

Mengenai
dakwaan mengenai pencemaran alam sekitar, beliau menyatakan penyelidkan yang
dijalankan oleh pakar dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah
membuktikan dakwaan itu tidak benar.

SALCRA
ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mei 1976, bagi membolehkan dan membantu kerajaan
negeri mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru terutama dalam membasmi kemiskinan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article