- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Hanya Sepuluh Kad Sahaja

Must read

Berkuat
kuasa serta merta, setiap individu hanya dibenarkan memiliki tidak lebih daripada
10 kad sim untuk satu talian komunikasi.

Pengerusi
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Datuk Dr. Halim Shafie dipetik oleh
Utusan Malaysia di Cyberjaya pada 1 April 2008 sebagai berkata, peraturan baru
itu bertujuan mengelakkan pengguna menyalahgunakan kad sim tersebut selain
faktor keselamatan.

“Berdasarkan
kes sebelum ini, kita mengesan ada pengguna telefon bimbit memiliki sehingga
400 keping kad sim.

“Ia
berjaya dikesan menerusi maklumat pendaftaran pengguna terbabit dan ekoran itu
semua syarikat telekomunikasi negara ini diarah mematuhi garis panduan baru
ini,'' katanya

Beliau
ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Komunikasi dan
Multimedia yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi,
Datuk Joseph Salang di Cyberjaya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article