- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Peluang Pekerjaan Kepada OKU

Must read

Pelaksanaan Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya


Tan Sri
Ismail Adam,
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia dalam pekeliling Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 yang bertarikh 1 April 2008 telah
menjelaskan
prosedur, peranan agensi dan pemantauan pelaksanaan dasar satu peratus peluang
pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Dalam
pekeliling berkenaan dimaklumkan bahawa dasar memperuntukkan satu peratus
peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU telah dijelaskan dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1988 (PP 10/1988).

Tujuan
pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan dan/
atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Walau
bagaimanapun, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan pembangunan modal
insan dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang, Kerajaan
telah bersetuju supaya pekeliling perkhidmatan berkenaan diperkemaskan dan
pengambilan OKU pada kadar sekurangkurangnya satu peratus dalam perkhidmatan
awam tercapai.

Dasar
pengambilan satu peratus OKU menetapkan setiap agensi dan Pihak Berkuasa
Melantik (PBM) hendaklah membuat pengambilan OKU sekurang-kurangnya satu
peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut tertakluk kepada permohonan
oleh OKU dan kesesuaian bidang tugas serta kemudahan.

Setiap agensi adalah bertanggungjawab
memastikan bahawa pengambilan OKU dalam jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam
dilaksanakan secara berterusan sehingga bilangan mereka yang berkhidmat di
agensi berkenaan mencapai sekurang-kurangnya satu peratus. JKM akan memantau
pelaksanaan dan pencapaian dasar ini di agensi berkenaan dan perkhidmatan awam
keseluruhannya dari semasa ke semasa.

Untuk itu OKU boleh memohon terus
untuk mengisi jawatan kepada PBM sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri,
Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi tujuan permohonan
tersebut, OKU perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam skim
perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.

OKU juga boleh mengemukakan permohonan
kepada PBM dengan mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Bagi maksud ini, OKU hendaklah berdaftar dengan JKM.

Permohonan jawatan oleh OKU boleh
dibuat melalui sistem online, borang permohonan atau kaedah-kaedah lain
yang ditetapkan oleh PBM.

Sementera bagi menemu duga OKU, PBM
atau agensi (sekiranya diwakilkan kuasa pelantikan), jika perlu boleh melantik
panel penemu duga yang salah seorang ahli panel adalah Pegawai Kebajikan
Masyarakat atau mana-mana pegawai yang berpengalaman dalam pengurusan OKU.

Pelantikan OKU hendaklah mengikut
syarat skim perkhidmatan berkenaan. OKU boleh dilantik secara tetap, kontrak
atau apa-apa kaedah pelantikan yang berkuat kuasa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article