- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pendidikan Pra Sekolah KEMAS

Must read

Setanding Institusi Lain

Usaha gigih berterusan dilakukan bagi mempertingkatkan
kualiti pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi platform penting untuk mereka
mengenali beberapa kemahiran dan penguasaan
perkara asas seperti membaca, menulis dan mengira pada peringkat awal.

Seiring dengan perubahan semasa, tuntutan ibubapa semakin
tinggi terhadap kualiti pendidikan anak-anak mereka dan tumbuhnya institusi
yang sama menawarkan perkhidmatan yang sama, satu perkara yang menarik
perhatian ialah ia turut mengubah cara dan pendekatan Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) dengan meningkatkan kualiti dan mutu pembelajaran dan
pengajaran di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) seliaanya.

Perkara ini dijelaskan Puan Fatimah Binti Rosli,
Penolong Pengarah Unit Operasi (Pra Sekolah) KEMAS ketika ditanya RAKAN
Sarawak
mengenai perkembangan keadaan tersebut.

Tahun ini masuk tahun kedua, para guru Tadika yang
baru ataupun Pemaju Masyarakat mengikuti Kursus sepenuh masa Diploma Pendidikan
yang dilaksanakan di Institut Perguruan di IPG Batu Lintang dan IPG Tun Razak,
Samarahan.

Sebabnya tidak lain, untuk meningkatkan kualiti
pendidikan pra-sekolah setanding dengan institusi lain.

Jelasnya lagi, seramai 50 orang guru Tabika baru telah
mengikuti Kursus Diploma Pendidikan 2006/2007 manakala 80 orang pula mengikuti
Kursus Dalam Cuti (KDC).

Dijangka seawal tahun 2009, kebanyakan guru tabika
akan mempunyai kelulusan setaraf dengan guru di kebanyakan sekolah rendah.

Ketika ditanya apa yang membezakan pendidikan pra
sekolah KEMAS berbeza dengan institusi lain yang turut menawarkan perkhidmatan
yang sama, jelasnya Tabika KEMAS melibatkan penglibatan ibubapa dan masyarakat
secara menyeluruh dalam perkembangan anak-anak mereka.

Ini dapat disaksikan melalui beberapa aktiviti
seperti bengkel keibubapaan, di samping membimbing mereka dari aspek pemakanan
untuk anak mereka.

Jelasnya lagi, mulai tahun 2007, KEMAS telah
melaksanakan geran per kapita untuk semua anak-anak yang belajar di Tabika
Kemas. Kanak-kanak yang layak akan mendapat bantuan makanan dengan menu yang
terbaik iaitu RM1.50 bagi Tabika dan RM3.00 bagi Taska setiap hari.

Mengambil pendekatan ‘belajar melalui bermain’
serta pendidikan secara informal, kanak-kanak diberi galakkan untuk menguasai
kemahiran asas dan pengalaman bagi memantapkan proses perkembangan kanak-kanak.

Contohnya, melalui Hari Potensi, bakat dan
kreativiti kanak-kanak dihargai yang turut dipertandingkan di peringkat negeri
dan kebangsaan.

KEMAS turut melaksanakan tanggungjawab sosialnya
dengan mewujudkan Taska (SPKR)- Skim Program Kesejahteraan Rakyat) di kawasan
luar bandar.

Ia memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat di
kawasan terbabit kerana mereka tidak lagi perlu risau tentang penjagaan anak-anak
dengan adanya kemudahan tersebut, sebaliknya boleh memberi tumpuan untuk
menjana ekonomi keluarga.

Sehingga kini di Sarawak sahaja terdapat kira-kira 710
buah Tabika KEMAS dan 36 buah TASKA.

Info

Di bawah Cawangan Pra-Sekolah KEMAS, terdapat Tabika
KEMAS, Pusat Pertubuhan Awal Kanak-Kanak (PPAK), Taman Asuhan Kanak-Kanak
(TASKA) dan TASKA (SPKR).

Statistik Ringkas di seluruh Sarawak (berdasarkan statistik 2006)

Tabika KEMAS

  • Bilangan Kanak-Kanak Tabika KEMAS:
    16,844
  • Bilangan Tabika KEMAS : 717
  • Bilangan Pemaju Masyarakat : 334
  • Bilangan Pembantu Pemaju Masyarakat :
    713

Taska KEMAS

  • Bilangan Kanak-Kanak Taska KEMAS: 422
  • Bilangan Taska KEMAS : 31
  • Bilangan Pemaju Masyarakat : 66

Sumber : Laporan Tahunan KEMAS 2006

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article