- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

DBKU Teruskan Usaha Pengindahan Tebingan Sungai

Must read

Projek Pengindahan Tebingan Sungai di tiga (3) buah Kampung adalah antara projek pembangunan fizikal dalam kawasan pentadbiran Bandar Raya Kuching Utara di dalam Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK9)

Demikian jelas Hillary John Da, Ketua Bahagian Projek Kejuruteraan Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) kepada RAKAN Sarawak

Ia adalah tiga (3) daripada empat (4) buah projek di bawah peruntukan persekutuan.

Ia melibatkan peruntukan masing-masing RM1 juta bagi projek pengindahan Tebingan Sungai Kampung Sungai Bedil Besar dan Tebingan Sungai Bintangor manakala bagi projek pengindahan Tebingan Sungai Kampung Gersik-Kampung Surabaya melibatkan peruntukan RM2.5 juta.

Satu lagi projek yang dibiayai oleh Jabatan Lanskap Negara ialah cadangan Taman Awam Dewan Undangan Negeri Sarawak yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Bagi projek di bawah peruntukan negeri pula, terdapat lima (5) buah projek yang akan dilaksanakan masing-masing kerja-kerja penyambungan usaha menaiktaraf Jalan Tabuan (RM50,000), penyediaan infrastruktur di kawasan Tupong (RM50,000), menaiktaraf Jalan Kampung –Dagok dan Laruh (RM50,000), pembersihan Sungai Sarawak (RM400,000) dan pembangunan semula Taman Orkid di tapak sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru (RM7.91 juta)

Bagi projek dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), terdapat 32 projek keseluruhannya dengan sembilan (9) buah program dalam dua (2) kategori iaitu infrastuktur dan sosial.

Di bawah kategori infrastuktur, ia meliputi menaiktaraf jalan utama (8 projek), pembangunan infrastruktur baru (12 projek), pembinaan jalan baru (1 projek), projek am (1 projek) dan pengurusan tapak pelupusan (1 projek).

Manakala di bawah sosial pula, melibatkan kemudahan taman rekreasi (5 projek), bangunan (2 projek) dan kemudahan awam dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masing-masing dengan sebuah projek.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article