- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kos Penyelenggaraan Vandalisme Meningkat

Must read

Kejadian laku musnah ataupun vandalisme yang berlaku, perlu dibendung kerana ia bukan sahaja memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi tetapi menidakkan peluang warga kota yang lain menikmati kemudahan awam yang disediakan.

Demikian menurut Ng Liang Seng, dari Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset (AMM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai kesan daripada kejadian laku musnah di dalam kawasan pentadbirannya.

Menurut beliau, berdasarkan statistik tahun lepas (2007), pihaknya telah membelanjakan sejumlah RM860,000 untuk kos penyelenggaraan beberapa kerosakan akibat kejadian laku musnah.

Antara kejadian yang kerap tersebut termasuklah kehilangan penutup parit, papan tanda jalan, (penutup tiang elektrik) lampu jalan, lampu taman, air pancutan, tiang lampu dan pagar jejantas

Pihaknya terpaksa menggantikan setiap kerosakan tersebut dan ia amat memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Sehubungan itu, beliau berharap warga kota lebih bertanggungjawab dalam bersama-sama memelihara dan menghargai segala kemudahan yang disediakan untuk keselesaan warga kota.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article