- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Dasar Pendidikan Awal

Must read

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 25 April 2008 dipetik dari BERNAMA sebagai berkata bahawa
kerajaan bercadang mengubal satu dasar pengasuhan dan pendidikan awal yang
komprehensif untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Menurut beliau lagi, satu kertas
kerja akan dikemukakan kepada Kabinet tidak lama lagi bagi membolehkan perkara
itu dijadikan dasar kerajaan.

Beliau berkata dasar pengasuhan dan
pendidikan awal itu akan mirip kepada program Program Permata Negara (Permata)
yang telah dilaksanakan.

"Ini adalah kerana setelah kita
melaksanakan projek perintis di seluruh negara didapati Permata memberi kesan
yang amat memberangsangkan di samping mendapat sambutan hangat daripada masyarakat
dan ibu bapa," kata Datuk Seri Najib.

Setakat ini 13 Pusat Permata Negara
dilaksanakan secara projek perintis di seluruh negara membabitkan 331 orang
anak diasuh menggunakan kaedah dan kurikulam Permata, yang menekankan
perkembangan anak-anak yang berkeyakinan diri, berfikiran kreatif, bijaksana,
berakhlak mulia dan mempunyai minda cerdas yang seterusnya membantu dalam
pembinaan modal insan berminda kelas pertama.

"Berdasarkan hakikat bahawa
pendidikan awal kanak-kanak merupakan akar tunjang kepada usaha kita membentuk
modal insan yang berkualiti dan usaha untuk mencegah masalah sosial berlaku
maka tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak merupakan strategi negara yang
boleh memberi impak besar bukan sahaja dalam jangka pendek tapi panjang,"
kata Datuk Seri Najib.


Oleh itu, katanya Program Permata Negara akan diperluaskan setelah mendapat
kelulusan kerajaan.



"Dalam erti kata lain, mereka akan menggunakan kurikulam Permata di taska
mereka dan dalam masa yang sama kelulusan guru-guru mereka akan ditingkatkan
sehingga diploma dan ijazah pertama.


"Di samping itu mereka juga akan menggunakan kurikulam Permata dan
bangunan yang akan digunakan juga akan mengikut ketetapan garis panduan Program
Permata Negara," kata Datuk Seri Najib.


Timbalan Perdana Menteri berkata dengan sokongan padu kesemua kementerian
tersebut, program Permata boleh dikembangkan ke seluruh negara.

"Dasar itu juga akan mengambil
kira keperluan kewangan, latihan, kurikulam dan sebagainya. Perlu saya tegaskan
di sini bahawa program ini akan bersifat pelbagai kaum dan kita akan beri
tumpuan kepada semua kawasan," katanya.

Beliau
berkata setelah dasar itu digubal, kesemua pihak yang menjalankan kegiatan
pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun akan perlu
menguna pakai dasar itu.




Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article