- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kesalahan Disiplin

Must read

Bilangan Kakitangan Awam Kena Tindakan Tatatertib Berkurangan

Seramai 1,405 kakitangan awam dikenakan tindakan tahun lepas, berkurangan 237 berbanding dengan 1,642 pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan (dikeluarkan pada 28 April 2008) yang dipetik daripada BERNAMA.

Mereka terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam persekutuan seramai 590 orang, perkhidmatan awam negeri (111), badan berkanun persekutuan (467), badan berkanun negeri (28) dan pihak berkuasa tempatan (209), tidak termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Tidak hadir bertugas masih merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan iaitu 689 kes, tata kelakuan dan larangan (568 kes), penyalahgunaan atau pemilikan dadah (76 kes) dan kes mahkamah (74 kes).

Menurut JPA, tahun lepas (2007) Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan tiga jenis hukuman yang paling kerap dijatuhkan iaitu amaran, buang kerja dan melucutkan hak emolumen.

Jabatan itu berkata pengurangan jumlah kes tatatertib itu berikutan kakitangan awam semakin sedar mengenai integriti selepas mengikuti pelbagai kursus Pengurusan Tatatertib dan menghadiri perkhidmatan kaunseling serta penguatkuasaan peraturan-peraturan tata kelakuan.

Ia turut mengingatkan ketua jabatan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawahnya sentiasa mematuhi peraturan.

Selain itu, JPA berkata dalam mesyuarat berkala antara Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dengan ketua-ketua setiausaha dan ketua jabatan, mesyuarat itu bersetuju supaya semua kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan Pencegah Rasuah perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Peraturan tatatertib bertujuan untuk menjaga imej kerajaan, khasnya dan perkhidmatan awam amnya. Tindakan tatatertib perlu diambil bagi memperbaiki tingkah laku seorang penjawat awam selain menjadi panduan kepada orang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article