- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Membanteras Gejala Rasuah

Must read

Inisiatif Baru Diperkenalkan

Pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia bertujuan meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti awam dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, penstrukturan semula institusi membanteras rasuah dijangka selesai sepenuhnya sebelum hujung tahun ini merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.

Tiga inisiatif lain ialah:

  1. Menambah jumlah anggota dan pegawai penguat kuasa antirasuah daripada 2,000 orang sekarang kepada 5,000 dalam tempoh lima tahun;
  2. Memperkenalkan undang-undang melindungi pemberi maklumat dan saksi;
  3. Menambah baik sistem pemerolehan awam.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article