Bukan itu sahaja, berdasarkan maklumbalas mereka, didapati suasana yang aman di negeri ini ditambah pula dengan terdapatnya sedikit persamaan budaya dan persekitaran menguatkan lagi sebab untuk tinggal lebih lama di Sarawak.
Demikian menurut Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan, Encik Akit Sebli kepada RAKAN Sarawak sewaktu taklimat bersama kementerian tersebut baru-baru ketika menjelaskan mengenai perkembangan program MM2H yang semakin menambat hati di kalangan pelancong ini.
Jelas beliau, program MM2H adalah sebahagian daripada pendekatan pro-aktif kerajaan (Kementerian Pelancongan Malaysia) untuk mengalakkan pelancong asing untuk tinggal lebih lama di negara kita amnya dan negeri Sarawak khususnya.
Kesan positifnya, dalam jangka masa panjang apabila keadaan ini berlaku, ia akan merancakkan lagi sektor pelancongan yang pastinya, mereka akan berbelanja serta memiliki hartanah di negeri ini, yang turut menjadi sebahagian syarat program ini.
Bagi negeri Sarawak, tiga (3) buah bandar dipilih untuk program ini iaitu Kuching, Sibu dan Miri.
Dalam perkara berkaitan, beliau berharap agar program ini akan menarik lebih ramai pelancong asing apabila diambil kira faktor perkembangan semasa seperti pembukaan pusat membeli belah yang baru serta penganjuran lebih banyak acara bertaraf antarabangsa.
Berdasarkan maklumat One Stop Agency MM2H, Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak, Caroline Chen Tze Yian, setakat ini pelancong asing dari British menduduki senarai teratas yang mendaftar mengikuti program ini, diikuti dari Taiwan diikuti dari Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat.
Katanya, pada tahun lepas sahaja (2007), sebanyak 102 permohonan telah diluluskan, manakala tahun ini (sehingga Mei 2008), terdapat 20 permohonan diterima.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2000, setakat ini terdapat 296 orang telah mengikuti program ini.
Promosi agresif bersama Lembaga Pengalakkan Pelancongan Malaysia giat diadakan pada tahun lepas (2007) dengan sasaran di beberapa buah negara antaranya Singapura, Indonesia, Jepun, Korea dan United Kingdom bagi memperkenalkan Malaysia sebagai pilihan utama mereka.
Program MM2H disasarkan kepada pelancong asing menepati beberapa syarat-syarat tertentu antaranya berumur tidak kurang dari 50 tahun, manakala bagi yang berumur 30 tahun ke atas perlu berserta sebab antaranya mempunyai anak yang melanjutkan pengajian di sini (Sarawak).
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web www.mudtour.sarawak.gov.my ataupun menghubungi Program “Malaysia My Second Home” One Stop Agency, Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan di talian +6082319313 / 309