- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kemiskinan Bandar Terus Diberi Perhatian

Must read

Kadar kemiskinan bandar akan dikurangkan daripada 5.6% kepada 2.8% menjelang tahun 2010.

Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil alih fungsi pembasmian
kemiskinan bandar mulai tahun 2004. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
mula dilaksanakan pada tahun 2006 oleh Bahagian Kemiskinan Bandar, KPKT,
demikian menurut Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Chuan berkata demikian ketika
menjawap pertanyaan Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai
di Parlimen pada 8 Mei 2008 yang lalu yang ingin tahu
perancangan
kerajaan untuk mengenal pasti golongan kemiskinan bandar dan langkah-langkah
untuk membasmi kemiskinan Bandar di bandar raya utama.

Menurut
Dato’ Seri Ong, matlamat PPKB adalah untuk membasmi kemiskinan tegar dan
mengurangkan kadar kemiskinan bandar daripada 5.6% kepada 2.8% menjelang tahun
2010.

Kumpulan
sasar bagi kemiskinan Bandar ialah golongan miskin dan miskin tegar dikenal
pasti berasaskan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan oleh Unit
Perancang Ekonomi (EPU) dari semasa ke semasa.

Berdasarkan
PGK tersebut, KPKT telah mengenal pasti golongan miskin Bandar melalui bancian
oleh Jabatan Perangkaan. Bancian pada tahun 2004 bagi dua Bandar iaitu Kuala
Lumpur dan Petaling Jaya, bancian tahun 2005 bagi 58 bandar utama di seluruh
Malaysia.

Dato’
Seri Ong seterusnya menjelaskan pendaftaran terbuka oleh KPKT. Mulai tahun 2006
sehingga kini, pendaftaran terbuka dilaksanakan melalui pihak berkuasa tempatan
di seluruh Malaysia selaku agensi kerajaan untuk mengenal pasti kumpulan sasar
di kawasan masing-masing, mengumpul pemohon berdasarkan borang yang diedarkan,
mengemukakan maklumat pemohon kepada KPKT untuk mengagihkan peruntukan tersebut
kepada pemohon yang layak menerima bantuan tersebut.

Menurut
beliau lagi, dalam usaha membasmi kemiskinan, KPKT sedang berusaha mengambil langkah
membasmi kemiskinan bandar di bandar raya utama seperti Johor Bahru melalui Program
Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). PPKB mengandungi tujuh program iaitu :-

  1. perumahan
    keluarga miskin;
  2. pengurangan
    beban tanggungan keluarga;
  3. pendidikan
    dan latihan;
  4. penjanaan
    pendapatan atau peluang pekerjaan;
  5. bantuan
    ihsan penduduk miskin di bandar;
  6. pusat
    sejahtera atau pusat maklumat dan aktiviti; dan
  7. pangkalan
    data kemiskinan bandar.

Daripada
tujuh program teras dinyatakan itu, sejumlah tujuh komponen program adalah
merupakan bantuan-bantuan yang boleh dipohon oleh keluarga miskin dan miskin tegar
iaitu:

  1. bantuan
    sewa rumah;
  2. bantuan
    kos persiapan kemasukan ke sekolah atau institusi
  3. pengajian
    tinggi;
  4. bantuan
    kos jagaan kanak-kanak;
  5. bantuan
    kos pengangkutan ke sekolah atau tempat kerja;
  6. bantuan
    kos rawatan dialisis;
  7. bantuan
    kos pendidikan dan latihan kemahiran; dan
  8. bantuan
    ihsan keluarga miskin di bandar.

Di
samping itu jelas beliay lagi, pihak berkuasa tempatan telah menjalankan
beberapa usaha seperti melantik pegawai pembasmian kemiskinan bagi mengemas
kini data kemiskinan setiap tiga bulan, dan bekerjasama dengan agensi berkaitan
seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan
bantuan yang diberi sampai kepada golongan yang layak menerimanya.

Bagi
membantu menambah pendapatan golongan miskin pula, PBT juga menggalakkan
golongan miskin menceburi bidang perniagaan melalui pemberian gerai-gerai seperti
program pemberian gerai makanan kepada ibu tunggal, membantu mengembangkan
perniagaan dari segi mempromosi produk mereka, dan meningkatkan keupayaan
pendapatan golongan sasar untuk memberi peluang kepada mereka menceburi bidang
keusahawanan.

Dalam
meluluskan pelan pembangunan, pihak berkuasa tempatan juga di atas inisiatif
sendiri boleh mencadangkan keluarga yang miskin itu disenaraikan di bawah Program
Perumahan Rakyat iaitu PPR, supaya dapat diagihkan rumah PPR untuk disewa
kepada mereka sekiranya terdapat projek PPR dibina di kawasan pihak berkuasa tempatan
yang berhampiran.

Hingga
masa sekarang menurut Dato’ Seri Ong, peruntukan sebanyak RM27,185,823.55 telah
diagihkan kepada golongan miskin di kawasan bandar. Seramai 12,895 orang telah mendapat
bantuan di bawah program-program yang tersebut di atas. Melalui program-program
yang ada, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan percaya bahawa perancangan
kerajaan untuk membasmi kemiskinan bandar akan dapat dilaksanakan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Nur Jazlan tentang langkah-langkah khusus KPKT untuk menyelesaikan masalah ini
melalui Program Pembasmian Kemiskinan
Bandar memandangkan keadaan harga barangan yang meningkat semakin hari, Dato’ Seri Ong menyatakan
bahawa di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, selain memberi bantuan sewa rumah kepada golongan yang miskin, Program Perumahan Rakyat juga
akan dirancang di tempat-tempat yang strategik,
di mana rumah-rumah yang mampu dimiliki atau rumah akan disewa kepada golongan yang miskin akan dirancang
di tempat-tempat yang sesuai.

Dato’
Seri Ong seterusnya menjelaskan bahawa KPKT telah mengagihkan sejumlah RM50
juta kepada golongan-golongan yang miskin. Setiap isi keluarga telah dikenal pasti akan
dapat RM124 untuk membiayai sewa rumah. Bagi kanak-kanak yang masuk ke sekolah,
mereka akan dapat RM200 bagi sekolah rendah dan RM250 untuk sekolah menengah.

Beliau
menyatakan KPKT memberikan bantuan kepada pelajar miskin yang ditawarkan tempat
di IPT, yang mana mereka akan dapat peruntukan RM1,000 sekali gus.

Sementara
bagi bantuan kos jagaan kanak-kanak, menurut beliau lagi KPKT menyediakan
peruntukan sebanyak RM200 sebulan dan juga kos dialisis, kalau sekiranya
golongan yang miskin itu menghidap penyakit yang memerlukan rawatan dialisis
sebanyak RM60 diberikan untuk setiap sesi dialisis dan RM30 diberi untuk
tambang pergi balik ke pusat dialisis.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article