- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Must read

"Industri buku Negara ini masih belum begitu maju dengan kadar penerbitan buku di Malaysia tidak melebihi 10,000 judul setahun selain jenis dan kualiti yang terbatas,” kata Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara Datuk Khalid Yunus dalam majlis pelancaran Akademi Buku Malaysia pada 29 Februari 2008.

Menyedari hakikat ini Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) ditubuhkan pada 23 Mac 2003 bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Antara matlamat penubuhan badan bukan kerajaan ini ialah;

  1. Menganjurkan Anugerah Buku Negara supaya para karyawan dalam industri buku mendapat galakan untuk meningkatkan mutu sesebuah buku.
  2. Menubuhkan Akademi Buku Malaysia untuk memajukan profesionalisme karyawan dalam bidang penerbitan supaya editor, pelukis, pereka bentuk dan pengurusan penerbitan buku yang cekap.
  3. Membantu menerbitkan dan mengedarkan buku yang tidak bernilai komersial tetapi penting untuk negara.
  4. Membantu membangunkan masyarakat Malaysia yang suka membaca dan mencintai ilmu sepanjang hayat.


YPBN dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia juga telah mengambil inisiatif menganjurkan Anugerah Buku Negara. Ini merupakan antara usaha yang dapat meningkatkan penghasilan buku bacaan pelbagai bidang dan menghasilkan bukubuku tempatan yang mutunya setanding dengan negara maju di dunia.

Sumber : Klik DBP

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article