- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kerajaan Negeri Terima Hampir RM5 Bilion

Must read

Royalti Minyak dan Gas daripada PETRONAS

Sarawak menerima kira-kira RM4,821.3 juta dalam bentuk royalti daripada
PETRONAS hasil dari pengeluaran minyak dan gas bagi tahun 2004 hingga 2007.

Ini yang dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Amirsham A. Aziz di Parlimen sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli
Parlimen Permatang pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail yang ingin
tahu
jumlah pengeluaran minyak dan gas pada tahun 2007 pada tahun 2007 mengikut
pecahan negeri; Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta hasilnya mengikut
pasaran dunia; dan jumlah ‘royalti’ yang diperoleh negeri-negeri tersebut sejak
tahun 2004 berdasarkan kadar pengeluaran ini, dan berapa lama lagi rizab minyak
dan gas dapat bertahan di kawasan-kawasan tersebut.

Datuk Amirsham seterusnya memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran minyak dan gas pada tahun 2007 untuk negeri-negeri
berkaitan termasuk condensate dan gas di negeri-negeri Terengganu, Sabah
dan Sarawak adalah :


Negeri Minyak Mentah Condensate (Juta/Tong)
Gas (bilion/kaki padu)
Terengganu
133.7
748.2
Sabah
28.6
41.2
Sarawak
79
1,292
Jumlah
241.3
2,081.4

Daripada jumlah pengeluaran minyak dan gas tersebut, 70% adalah dihasilkan
oleh PETRONAS, manakala selebihnya dihasilkan oleh kontraktor-kontraktor
perkongsian, pengeluaran atau pun PSC yang
lain.

Beliau turut memaklumkan bahawa produk petroleum dan gas yang dieksport
oleh anak-anak syarikat PETRONAS adalah berdasarkan harga pasaran semasa dunia.
Manakala harga produk petroleum dan gas yang dijual di pasaran domestik
sebahagiannya adalah ditetapkan oleh kerajaan, seperti harga jualan gas sektor
elektrik dan bukan elektrik.

“Hasil keseluruhan dari jualan produk petroleum dan gas oleh PETRONAS adalah
sebanyak RM165.3 bilion pada tahun kewangan tersebut.”

Datuk Amirsham juga menjelaskan mengenai royalti bagi komoditi berkenaan yang mana jumlah royalti yang
telah dibayar oleh PETRONAS kepada negeri-negeri berkaitan untuk tahun-tahun kewangan
2004 hingga 2007 adalah sebanyak RM26,6391 juta yang mana jumlah yang dibayar
kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM13,419.5 juta; Kerajaan Negeri Terengganu
sebanyak RM7,364.1 juta; RM1, 234.2 juta (Sabah) dan RM4,821.3 juta bagi
Sarawak.

“Berhubung rizab minyak dan gas, pada kadar pengeluaran semasa dan dengan
andaian bahawa keseluruhan rizab dapat dikeluarkan, rizab minyak mentah dan condensate
dijangka akan bertahan selama 22 tahun. Manakala rizab gas selama 39 tahun.
Walaupun pada zahirnya tempoh hayat rizab masih panjang, hakikatnya negara juga
mengimport minyak dan gas untuk menampung sebahagian daripada pengeluaran tempatan.
Oleh itu, negara dijangka menjadi pengimport bersih tenaga, net energy
importer
dengan izin, dalam tempoh terdekat iaitu dianggarkan pada tahun
2014,” maklum Datuk Amirsham lagi.



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article