- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SPNB Bina 3,795 Buah Rumah Mampu Milik di Sarawak

Must read

Menteri kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan
bahawa sejumlah kira-kira 3, 795 buah rumah mampu milik akan dibina di Sarawak.

Beliau berkata demikian di Parlimen (14 Mei 2008) sebagai
menjelaskan pertanyaan daripada Ahli Parlimen Rasah, YB
Loke Siew Fook yang menyatakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
sepatutnya tidak membina rumah untuk menjadi pemaju dan bersaing dengan
pemaju-pemaju lain tetapi menyelamatkan projek-projek perumahan yang
terbengkalai.

Tan Sri Nor menyatakan bahawa matlamat penubuhan SPNB
adalah untuk membina rumah mampu milik yang terdiri dari rumah kos rendah,
sederhana rendah dan kos sederhana serta rumah di bawah Program Rumah Mesra
Rakyat yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah.

“Memandangkan kos pembinaan rumah kos rendah biasanya
lebih tinggi daripada harga jualan, kebanyakan pemaju swasta tidak begitu
berminat membina rumah-rumah tersebut.”

“Oleh itu, bagi menampung kekurangan bilangan rumah kos
rendah, SPNB telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan rumah yang selesa,
rumah yang selesa dan mampu milik terutamanya untuk golongan berpendapatan
rendah. Rumah-rumah berkenaan dibina oleh kontraktor yang dilantik oleh SPNB
dan bukan SPNB sendiri.”

Menurut Menteri kewangan II, sehingga bulan April 2008,
sebanyak 5,563 Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina dan 9,697 sedang dan akan
dibina di seluruh negara. Bilangan paling banyak yang siap dibina adalah di
Kelantan iaitu 945 buah diikuti dengan 877 buah di Terengganu, 658 di Perak,
648 di Kedah dan 582 di Johor.

Bagi rumah mampu milik pula, sebanyak 3,898 telah di
bina Selangor dan Melaka dan sebanyak 33,218 sedang dalam pembinaan. Daripada jumlah
ini 14,878 sedang dibina di Sabah, 4,105 di Selangor dan 3,795 di Sarawak.

Sebanyak 83,864 unit lagi dirancang untuk dibina.
Sebanyak 454 unit rumah bantuan tsunami di Pulau Pinang dan Kedah telah dibaiki
oleh SPNB. Selain itu SPNB juga telah membina 245 penempatan sementara dan 824
penempatan tetap untuk mangsa tsunami.

Tan Sri Nor juga memaklumkan bahawa selain daripada rumah
yang dibina oleh SPNB, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak
RM381 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Di Sewa dan RM190 juta bagi PPR
Bersepadu bagi tahun 2008.

“Kerajaan juga prihatin atas kesukaran golongan yang
tidak mempunyai pendapatan tetap seperti petani dan pengusaha kecil untuk
mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah kos rendah dan
sederhana. Bagi membantu golongan ini, kerajaan telah menyediakan dana sebanyak
RM50 juta sebagai jaminan kepada bank untuk memberi pinjaman rumah kepada
mereka,” tambah beliau lagi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article