- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MECD Beri Peluang Kedua

Must read

Usahawan yang ‘Gagal’

Dalam usaha untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
atau MECD sentiasa melaksanakan
langkah-langkah untuk membangunkan usahawan termasuk menyediakan
premis-premis perniagaan, memberi kursus-kursus kemahiran dan kemudahan pembiayaan
meliputi di kawasan-kawasan luar bandar.

Demikian
yang diberitahu oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Haji Noh
bin Haji Omar di Dewan Rakyat pada 15 Mei 2008 yang lalu ketika menjawab
pertanyaan Ahli Parlimen Pontian, YB Ahmad Maslan yang ingin tahu
langkah-langkah kerajaan untuk membangunkan usahawan bumiputera di kawasan
luar bandar dari segi pembinaan premis perniagaan secara menyeluruh dengan sewa
berpatutan di lokasi strategik; dan memberi bantuan kursus kemahiran berniaga
dan modal awal seperti memperhebatkan pinjaman TEKUN dan pinjaman lain.

Dato’ Haji
Noh seterusnya menambah bahawa
dalam menyediakan
premis-premis perniagaan, MECD
menerusi agensi-agensi di bawahnya menetapkan sasaran dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan untuk menyediakan sebanyak 18,000 unit premis perniagaan termasuk
3,500 unit premis perniagaan di kawasan luar bandar.

“Sehingga ke tarikh ini, MECD
melalui MARA dan PKEN telah berjaya menyediakan 3,133 unit atau 89% premis
perniagaan di luar bandar. Premis-premis di luar bandar ini telah disediakan
kepada usahawan-usahawan bumiputera dengan sewa yang berpatutan pada kadar 50%
lebih rendah daripada kadar pasaran dalam tempoh permulaan perniagaan. Setelah
usahawan tersebut boleh berdikari, kementerian akan exit daripada
bantuan sewaan.”

Dato’ Haji
Noh juga menjelaskan bahawa
MECD melalui Institut Kemahiran Negara ataupun INSKEN dan
MARA telah menganjurkan berbagai-bagai kursus kemahiran dan keusahawanan kepada
usahawan bumiputera termasuk di luar bandar.

Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menurut beliau lagi,
berhasrat untuk memberikan latihan dan kursus kemahiran kepada seramai
275,000 orang usahawan bumiputera dalam Rancangan Malaysia Kesembilan termasuk
usahawan bumiputera di luar bandar. Sehingga 31 Disember 2007,
Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
telah memberikan
latihan kepada seramai 120,320 orang termasuk 10,204 orang usahawan di kawasan
luar bandar.

Tambah beliau lagi, MECD melalui
agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN Nasional telah memberi pembiayaan bagi
modal awal kepada seramai 44,176 usahawan dengan nilai pembiayaan sebanyak
RM1.06 bilion termasuk kepada usahawan-usahawan di luar bandar.

Menjawab soalan tambahan YB Ahmad Maslan
(Pontian) yang bertanyakan tentang
kualiti ataupun mutu
pencapaian usahawan desa yang dibangunkan iaitu sama ada kementerian memberikan
peluang kedua kepada mereka yang gagal dan apakah langkah bersama kementerian
dan agensi lain ada untuk melonjak gandakan pencapaian usahawan di luar bandar,
Dato’ Haji Noh menjelaskan pendekatan yang
diambil kementerian ialah mencapai kuantiti yang disasarkan di samping berusaha
menjadikan mereka usaha yang berkualiti

“Untuk program usahawan-usahawan yang baru, kementerian telah merancang,
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membudayakan sahaja. Membudayakan
masyarakat bumiputera termasuk daripada luar bandar ialah seramai 1.5 juta
orang. Untuk kita hendak melahirkan usahawan baru ialah seramai 150,000 orang.
Dalam masa yang sama, MECD juga akan
memantapkan 25,000 usahawan-usahawan yang sedia ada.”

“Bagi usahawan-usahawan yang baru, kita akan membimbing mereka melalui
inkubator untuk melatih mereka menjadi usahawan dan juga bagi mereka yang
terlibat dalam usahawan pembekalan, kita juga ada program untuk labeling dan
juga packaging, kita juga ada program exist policy, untuk memberi
peluang mereka menyewa premis-premis daripada MECD.”

Beliau turut memaklumkan bahawa bagi usahawan yang gagal, MECD akan membuat pendekatan yang baru
yang mana akan diperkenalkan skim peluang yang kedua.

Beliau seterusnya menerangkan punca kegagalan usahawan adalah bukan
berpunca daripada diri mereka sendiri, tetapi ialah sebab faktor-faktor luaran.
Beliau memberi contoh usahawan pertanian misalnya yang mungkin gagal apabila
ayam ataupun lembu dan kambing yang dibelanya mati diserang oleh selesema
burung atau diserang penyakit kuku dan mulut.

“Ada juga usahawan yang gagal, bukan kerana dia, kerana orang lain
berhutang banyak dengan dia, daripada dia berhutang dengan agensi.”

“Usahawan-usahawan seperti ini, kita akan memberi peluang kedua dengan
memberikan bantuan, termasuklah juga graduan-graduan yang mungkin disenaraikan
hitam kerana gagal membayar pinjaman-pinjaman pelajaran.”


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article