- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Berambeh ‘Baitulmal Bersama Rakyat’

Must read

di Kampung Tanah Putih, Batang Sadong,
Serian, 24-25 Mei 2008

Oleh
Fadlullah @ Fadilah Bin Abdullah

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) pada
24 dan 25 Mei 2008 yang lalu telah mengambil inisiatif menjayakan ’Majlis Baitulmal Bersama Rakyat’ di Kampung Tanah
Putih, Batang Sadong, Serian.

Ini merupakan majlis ’Baitulmal
Bersama Rakyat’ yang ke-empat bagi tahun 2008 selepas Kampung Batu Telenggai,
Miri, Kampung Bawang Assan, Sibu dan Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu.
Program Berambeh di Kampung Tanah Putih, Serian telah dijayakan oleh 23 orang
Staf TBS (Ibu Pejabat dan TBS Cawangan Samarahan).

Majlis ’Baitulmal Bersama Rakyat’ di
Kampung Tanah Putih kali ini merupakan
satu kesinambungan kepada beberapa buah program yang sama yang telah dianjurkan
oleh TBS sejak awal tahun 2006. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk memasyarakatkan Baitulmal supaya umat
Islam lebih mengetahui dan memahami
peranan dan fungsi kewujudan Tabung Baitulmal Sarawak secara lebih dekat lagi.

’Amalan turun padang’ ini juga
merupakan landasan bagi warga Baitulmal untuk membina dan menjalinkan ukhuwah Islamiah serta kesefahamanan di
kalangan umat Islam khasnya dan masyarakat umum amnya. Dengan adanya program
sebegini, peranan dan maklumat yang berkaitan dengan Baitulmal dapat
disampaikan kepada masyarakat Islam. Di samping itu, pelbagai masalah umat
Islam juga dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Sementara itu, Majlis Penangguhan
’Baitulmal Bersama Rakyat’ turut diselitkan dengan sesi ”Dialog Bersama YB
Datuk Daud Abd.Rahman” bagi membuka ruang dan peluang kepada umat Islam
mengemukakan pelbagai cadangan dan juga
permasalahan yang mereka hadapi.

Dalam
Majlis Penangguhan Baitulmal Bersama Rakyat pada 25 Mei 2008 (Ahad), TBS
mengagihkan bantuan sebanyak RM24,444.30. Sumbangan tersebut merangkumi Bantuan
Rawatan/Perubatan, peralatan dan kemudahan asas Masjid Darul Amaliah, beg
sekolah dan juga pelbagai bantuan lain.

Majlis
Penyerahan Bantuan Baitulmal tersebut disempurnakan oleh YB. Datuk Haji Daud
Abdul Rahman, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) merangkap
Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf Negeri Sarawak. Sebelum itu, beliau telah menyampaikan amanat
dan juga sesi dialog dengan penduduk kampung tersebut.

YB. Datuk
Haji Daud ketika berucap pada majlis itu menyatakan bahawa pemilihan kampung
itu bagi program berambeh TBS kali ini bagi menzahirkan harapan pihak TBS dan
Kerajaan yang ingin melihat penduduk yang tinggal di kawasan yang terpencil tidak
terpinggir daripada pembangunan arus perdana negara

“Mudah-mudahan
dengan adanya program seumpama ini, umat Islam
akan mengetahui sedikit sebanyak tentang peranan dan fungsi TBS,
terutamanya Program Bantuan yang disediakan oleh TBS. Di samping itu,
masyarakat Islam setempat juga berpeluang mengemukakan pelbagai masalah yang
mereka hadapi selama ini. Kita amat
mengharapkan program ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya demi kebaikan
semua pihak,” tambah beliau lagi.

“Walaupun
demikian, kita tidak dapat memberi sebarang jaminan penyelesaian terhadap semua
masalah yang dikemukakan dalam dialog ini. Namun begitu, kita akan berusaha
sedaya upaya memberi keutamaan dan perhatian terhadap kepentingan dan keperluan
asas masyarakat, dan berusaha menyelesaikannya secara berperingkat-peringkat,
insya-Allah”, ujarnya lagi.

Pada sesi
dialog itu juga, YB. Datuk Haji Daud Abd.Rahman telah memaklumkan peruntukan
kewangan sebanyak RM145,000.00 untuk Masjid Darul Amaliah.

Terdahulu, Encik Megat Bin Aben, Ketua Kaum
Kampung Tanah Putih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pihak TBS yang telah memilih kampung mereka bagi melaksanakan program
tersebut. Beliau juga turut melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada
YB. Datuk Haji Daud Abd. Rahman yang telah sudi datang ke kampung mereka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article