- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Perpindahan Pasar Gambier Tetap Diteruskan

Must read

15 Jun 2008 Pindah ke Tapak Baru

Perkara ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam DBKU pada 20 Mei 2008 yang lalu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa program Perpindahan Pasar Gambier akan tetap dteruskan pada 15 Jun 2008.

Umum mengetahui bahawa perubahan yang dibawakan bersama pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk di Bandar raya Kuching, Pasar Gambier yang sedia ada didapati tidak sesuai lagi berada di Tebingan Sungai Sarawak.

Selain daripada itu kegiatan di Pasar Gambier selama ini telah menimbulkan banyak masalah. Antara masalah utama yang timbul akibat operasi penjajaan di sekitar Jalan Gambler ialah;

  • Air kumbahan daripada pasar ikan/sayur mencemar Sungai Sarawak dan mengganggu eko-sistem hidupan di dalam sungai tersebut
  • Kekotoran akibat operas! penjajaan menjejas keadaan sekitar dan mendatangkan bau yang sangat tidak menyenangkan
  • Kesesakan lalu lintas akibat kegiatan penjajaan kian meruncing di sekltar Jalan Gambier menimbulkan banyak gesaan supaya penjaja-penjaja di situ dipindahkan

DBKU dalam kenyataan itu menyatakan bahawa kerajaan telah membuat pendekatan demi mengimbangi pembangunan setempat dan juga untuk kebaikan penjaja itu sendiri. Sehubungan itu, mereka akan ditempatkan ke Pasar Komuniti Stutong (Stutong Community Market) yang terletak di Tabuan Laru.

Pasar Komuniti Stutong adalah pasar moden yang kondusif, mempunyai kawasan pemiagaan yang lebih luas, bersih dan ruang letak kereta yang lebih banyak. Dengan itu, Pasar Komuniti Stutong pasti akan memberi keselesaan kepada para penjaja dan pengunjung. Pasar Komuniti Stutong juga merupakan jualan barangan secara berpusat (Centralised).

Ini bukan sahaja menggalakkan persaingan sihat antara penjaja tetapi memudahkan wargakota kerana mereka hanya perlu pergi di Pasar Stutong untuk mendapatkan keperluan harian. Disamping itu, dengan jumlah penduduk sekirar 150,000 orang di kawasan tersebut, sudah pasti para penjaja akan mendapat keuntungan dan pulangan yang lebih berbanding sekarang. Ini akan memberi kesan positif kepada perkembangan perniagaan mereka.

Berkuatkuasa 15 Jun 2008 nanti pasar/penjaja di sepanjang tebingan Jalan Gambier akan ditutup dan aktiviti penjajaan/pemiagaan akan dihentikan sejajar dengan perpindahan ini.

Seramai 398 orang penjaja akan dipindahkan ke Pasar Komuniti Stutong. Manakala untuk pasar penjaja Pasar Borong dan Pasar Tani di sekitar Jalan Gambier, notis telah dikeluarkan dan mereka telah ditawarkan lokasi alternatif lain untuk berniaga iaitu di Pasar Sungai Maong, Demak Laut dan

Bagi para pelanggan (wargakota) pula, mereka masih boleh mendapat barang-barang keperluan harian di Pasar Tamu Satok sebagai alternatif selain Pasar Komuniti Stutong. Pasar Tamu Satok yang menjual pelbagai barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran beroperasi setiap hari.
Untuk itu, DBKU mengharapkan kerjasama daripada semtia pihak yang terlibat di dalam perpindahan ini terutama para penjaja sekitar Jalan Gambier bagi memudahkan proses perpindahan. Perpindahan ini adalah untuk kebaikan semua pihak terutama kepada para penjaja.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article