- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Perpindahan Pasar Gambier Tetap Diteruskan

Must read

15 Jun 2008 Pindah ke Tapak Baru

Perkara ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam DBKU pada 20 Mei 2008 yang lalu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa program Perpindahan Pasar Gambier akan tetap dteruskan pada 15 Jun 2008.

Umum
mengetahui bahawa perubahan yang dibawakan bersama pembangunan dan peningkatan kepadatan
penduduk di Bandar raya Kuching, Pasar Gambier yang sedia ada didapati tidak
sesuai lagi berada di Tebingan Sungai Sarawak.

Selain
daripada itu kegiatan di Pasar Gambier selama ini telah menimbulkan banyak masalah.
Antara masalah utama yang timbul akibat operasi penjajaan di sekitar Jalan
Gambler ialah;

  • Air
    kumbahan daripada pasar ikan/sayur mencemar Sungai Sarawak dan mengganggu
    eko-sistem hidupan di dalam sungai tersebut
  • Kekotoran
    akibat operas! penjajaan menjejas keadaan sekitar dan mendatangkan bau yang
    sangat tidak menyenangkan
  • Kesesakan lalu lintas
    akibat kegiatan penjajaan kian meruncing di sekltar Jalan Gambier menimbulkan
    banyak gesaan supaya penjaja-penjaja di situ dipindahkan

DBKU
dalam kenyataan itu menyatakan bahawa kerajaan telah membuat pendekatan demi mengimbangi
pembangunan setempat dan juga untuk kebaikan penjaja itu sendiri. Sehubungan itu,
mereka akan ditempatkan ke Pasar Komuniti
Stutong (Stutong Community
Market)
yang terletak di Tabuan Laru.

Pasar Komuniti Stutong adalah pasar moden
yang kondusif, mempunyai kawasan
pemiagaan yang lebih luas, bersih dan ruang letak kereta yang lebih banyak.
Dengan itu, Pasar Komuniti Stutong pasti akan memberi keselesaan kepada para
penjaja dan pengunjung. Pasar Komuniti Stutong juga merupakan jualan barangan
secara berpusat (Centralised).

Ini
bukan sahaja menggalakkan persaingan sihat antara penjaja tetapi memudahkan
wargakota kerana mereka hanya perlu pergi di Pasar Stutong untuk mendapatkan
keperluan harian. Disamping itu, dengan jumlah penduduk sekirar 150,000 orang
di kawasan tersebut, sudah pasti para penjaja akan mendapat keuntungan dan
pulangan yang lebih berbanding sekarang. Ini akan memberi kesan positif kepada
perkembangan perniagaan mereka.

Berkuatkuasa
15 Jun 2008 nanti pasar/penjaja di sepanjang tebingan Jalan Gambier akan
ditutup dan aktiviti penjajaan/pemiagaan akan dihentikan sejajar dengan
perpindahan ini.

Seramai
398 orang penjaja akan dipindahkan ke Pasar Komuniti Stutong. Manakala untuk
pasar penjaja Pasar Borong dan Pasar Tani di sekitar Jalan Gambier, notis telah
dikeluarkan dan mereka telah ditawarkan lokasi alternatif lain untuk berniaga
iaitu di Pasar Sungai Maong, Demak Laut dan

Bagi para pelanggan
(wargakota) pula, mereka masih boleh mendapat barang-barang keperluan harian di
Pasar Tamu Satok sebagai alternatif selain Pasar Komuniti Stutong. Pasar Tamu Satok yang menjual pelbagai
barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran beroperasi setiap
hari.

Untuk itu, DBKU mengharapkan kerjasama daripada
semtia pihak yang terlibat di dalam perpindahan ini terutama para penjaja
sekitar Jalan Gambier bagi memudahkan proses perpindahan. Perpindahan ini
adalah untuk kebaikan semua pihak terutama kepada para penjaja.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article