- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Hanya 657 Jawatan Dipenuhi

Must read

Daripada 1,887 Jawatan yang Diperuntukkan Untuk
Doktor dan Pegawai Perubatan di Sarawak

Sarawak merupakan negeri yang diperuntukkan
paling ramai doktor dan pegawai perubatan bagi memastikan perkhidmatan
kesihatan terbaik diterima oleh penduduknya.

Namun menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk
Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad, daripada sejumlah 1, 887 jawatan yang tersedia
hanya 657 jawatan yang terisi.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab
pertanyaan daripada Ahli Parlimen Kapit, YB Alexander Nanta Linggi yang ingin
tahu
sebab-sebab mengapa masih ada masalah kekurangan doktor
yang berkhidmat bagi semua hospital dan klinik di luar bandar di negeri
Sarawak.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff sterusnya menerangkan
antara sebab utama kenapa kekurangan doktor yang
berkhidmat di Sarawak dan lain-lain negeri adalah kerana yang pertamanya kerana
bilangan graduan yang keluar daripada IPTA dan IPTS adalah terhad sedangkan
keperluannya adalah tinggi. Sekarang ini ada 21 universiti tempatan dan
universiti swasta yang mengeluarkan pegawai perubatan yang mana ini masih tidak
mencukupi.

Yang keduanya menurut beliau lagi ialah pembangunan infrastruktur kesihatan.
Di Sarawak umpamanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, yang kerajaan memperuntukan
lebih daripada RM800 juta. Pembinaan
fizikal adalah terlalu pantas dan deras dibandingkan dengan pembangunan sumber
manusia. Sebagai contoh membina klinik atau hospital hanya memerlukan kira-kira
24 bulan atau 36 bulan tetapi hendak melatih seorang doktor memakan masa lima
tahun.

Sebab yang ketiga, menurut beliau lagi adalah masalah attitude atau
sikap. Kebanyakan mereka menganggap negeri Sarawak adalah negeri yang jauh dan
susah untuk bertugas. Jauh daripada keluarga sedangkan sewaktu mereka mengambil
pengajian perubatan, di Dublin atau tempat-tempat lain, sanggup pula berjauhan
dengan keluarga. Namun, apabila sudah balik Malaysia tidak boleh berjauhan
dengan keluarga.

“Ekoran daripada itu, pelbagai tindakan yang dibuat oleh kementerian bagi memastikan
pegawai perubatan dalam penggunaan optimum, antaranya kita meneruskan khidmat
wajib selama tiga tahun. Bermakna, mereka yang telah pun di tempat umpamanya housemen
di Sarawak, kita pastikan mereka terus di sambung perkhidmatan di Sarawak. Kita tidak melayan sokongan mana-mana pihak
termasuk Yang Berhormat untuk menggagalkan penempatan pegawai-pegawai perubatan
ini ke Sarawak. Jadi, kita tidak layanlah mana-mana surat supaya menangguhkan penempatan
doktor ke Sarawak ini. Selain daripada
itu, kita akan lantik semula pegawai-pegawai perubatan yang sudah pencen di Sarawak
dan kita tambah keperluan ini dengan mengambil pegawai perubatan kontrak dari
luar negara,” jelas Datuk Dr. Haji Abdul
Latiff.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kapit
tentang kebergantungan universiti-universiti tempatan ke atas doktor-doktor
dari luar negara terutama dari Myanmar sebagai pensyarah yang pada pendapat beliau
bukanlah setanding dengan negara Malaysia dari segi tahap
pembangunan sosioekonomi dan lain-lain lagi, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff, menegaskan bahawa standard dan
juga piawaian yang digunakan oleh fakulti perubatan sama ada universiti
tempatan mahupun yang dipunyai oleh awam ataupun swasta, terdapat piawaian,
parameter, dan standardstandard yang tertentu.

“Umpamanya di universiti
awam mereka (Myanmar) mempunyai senate dan mereka adalah autonomous dan
biasanya mereka yang diambil khususnya daripada negara-negara yang membangun,
lebih khusus dari Myanmar, standard yang
ditetapkan oleh universiti untuk menjadi pensyarah amat tinggi. Ada satu panel
yang dibentuk bagi memastikan tiap-tiap pensyarah ini memenuhi
kriteria-kriteria tertentu sebab tugas pensyarah di fakulti perubatan bukan
sahaja mereka mengajar tetapi mereka juga membuat penyelidikan juga mengamalkan
prosedur-prosedur yang mereka mahir. Jadi, untuk standard ini, saya pasti tidak
ada kompromi apatah lagi mereka ini diberi platform untuk melatih doktor-doktor
tempatan.”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article