- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Kemajuan dan Prospek Bahagian Betong Dibincang

Must read

Status kemajuan dan potensi pembangunan Bahagian Betong daripada pelbagai aspek dibincangkan pada Seminar Transformasi Pembangunan Ekonomi Ke-3 Bahagian Betong yang diadakan di Dewan Sukan Betong pada 21 sehingga 22 Julai lalu.

Sekurang-kurangnya 100 orang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan telah menghadiri seminar dua hari itu.

Sejumlah lapan kertas kerja telah dibentangkan iaitu

  1. Perancangan Strategik Pembangunan Bahagian Betong oleh En Romie Sigan Daniel, Residen Bahagian Betong
  2. Transformasi Pembangunan Bahagian Betong: Pengalaman, Pencapaian dan Prospek oleh IADP Kalaka-Saribas
  3. SALCRA: Pengalaman, Pencapaian dan Prospek Pembangunan Tanah Dalam Membawa Transformasi Pembangunan Bahagian Betong oleh SALCRA Sarawak
  4. Pembangunan dan Prospek Industri Perikanan di Bahagian Betong oleh Jabatan Perikanan Laut Sarawak
  5. Pemodenan Pertanian di Bahagian Betong oleh Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak
  6. Pembangunan ICT Pada Masa kini dan Masa depan di Bahagian Betong oleh Unit ICT Jabatan Ketua Menteri
  7. Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti di Bahagian Betong: Suatu Pengalaman dan Cabaran oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak
  8. Pembangunan Sumber Manusia di Bahagian Betong: Perspektif Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak oleh Jabatan Pelajaran Sarawak

Objektif seminar itu diadakan adalah

  1. sebagai platform untuk pertukaran idea dan pendapat di antara pelbagai stakeholders yang memainkan peranan dalam pembangunan di Bahagian Betong untuk melahirkan formula yang strategik bagi membangunkan Bahagian Betong selari dengan objektif, visi dan misi bahagian, negeri dan nasional
  2. menjadi pemangkin dan pendorong dalam usaha menganjak paradigma masyarakat di Bahagian Betong ke arah masyarakat yang lebih proaktif dan berdaya saing selari dengan visi dan misi nasional

Seminar dua hari itu diakhiri dengan sesi perbincangan panel yang dipengerusikan oleh YB Datuk Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan disertai oleh para panel yang terdiri daripada para pembentang kertas kerja.

Info

  • Betong diisytiharkan sebagai bahagian kesebelas di Sarawak pada 26 Mac 2002
  • Mempunyai kira-kira 110,200 penduduk (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006)
  • Merangkumi dua daerah iaitu daerah Betong (Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam) dan daerah Saratok (Roban, Kabong dan Budu) dengan keluasan kira-kira 4,180.74 kilometer persegi
  • Siling peruntukan untuk Bahagian Betong di dalam RMK9 adalah sejumlah RM385,023,064.00. Sejumlah RM318,500,000.00 adalah untuk projek Kerajaan Persekutuan manakala selebihnya untuk projek Kerajaan Negeri
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article