- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Malaysia di Tangga Ke-19

Must read

Menurut World Competitiveness Yearbook yang diterbitkan oleh Institute
For
Management
Development
(IMD) yang berpangkalan di Switzerland pada tahun 2008. Malaysia telah memperbaiki kedudukan
daya saing globalnya pada tangga ke-19 berbanding
tangga ke-23 yang dicatat pada tahun sebelumnya. Ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri II, Dato’ Jacob Dungau Sagan di Parlimen pada 15 Julai 2008 yang lalu ketika
menjawab soalan daripada Ahli Perlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad bin Hamzah
tentang
usaha-usaha baru yang akan dilaksanakan kerajaan agar Malaysia
berada di dalam kumpulan 10 negara teratas seperti Singapura dan Amerika
Syarikat dalam daya saing negara.

Dato’ Jacob Dungau seterusnya menjelaskan bahawa pencapaian lebih baik, daya saing
negara pada tahun 2008 didorong peningkatan prestasi dalam semua elemen-elemen modul daya saing iaitu:

  1. kedudukan prestasi ekonomi atau economic performance Negara meningkat
    kepada tangga kelapan berbanding tangga ke-12 pada tahun 2007;
  2. kecekapan pekerjaan atau government efficiency di kedudukan ke-19 daripada
    tangga ke-21 pada tahun 2007;
  3. kecekapan perniagaan atau business efficiency di kedudukan ke-14 berbanding
    tangga ke-15 pada tahun 2007; dan
  4. elemen infrastruktur di kedudukan ke-25 berbanding dengan ke-26 dalam tahun
    2007.

Menurut beliau lagi, negara memang mengambil perhatian khusus mengenai
prestasi daya saing negara seperti mana yang dilaporkan oleh IMD. Kaedah yang
digunakan bagi mengukur prestasi elemen-elemen yang diukur bukan sahaja
melibatkan faktor atau data sebenarnya, tetapi juga persepsi responden itu.
Oleh yang demikian, hasil kajian ini haruslah dilihat sebagai satu panduan dan
bukanlah sebagai faktor penentu sepenuhnya yang mencerminkan daya saing dalam
menarik perniagaan dan pelaburan.

Di samping itu, katanya lagi, terdapat juga aspek-aspek yang terletak di
luar kawalan kerajaan yang dinilai seperti kecekapan perniagaan dan lain-lain.
Dalam hubungan ini, kerajaan sentiasa menekankan kepada sektor swasta supaya
sentiasa berusaha meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan
perniagaan, mengurangkan kos perniagaan tanpa menjejaskan kualiti barangan dan
perkhidmatan yang dibekalkan dan seterusnya meningkatkan daya saing di pasaran
luar.

Dato’ Jacob Dungau menjelaskan bahawa Kerajaan menawarkan program-program seperti program produktiviti dan
kualiti iaitu P&Q, sistem pengurusan kualiti, pengurusan amalan terbaik,
penandaarasan, benchmarking dengan izin, program-program kepimpinan dan
pembangunan pengurusan untuk mencapai matlamat ini.

“Kerajaan akan terus berusaha bagi mengukuhkan lagi kedudukan daya saing
negara melalui usaha berterusan dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif
dan usaha penambahbaikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan khususnya oleh Pasukan
Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan iaitu PEMUDAH dan penambahbaikan yang telah
dilaksanakan oleh PEMUDAH setakat ini menyentuh hal-hal berhubung percukaian
dan duti setem, tanah, imigresen, penyelarasan perancangan dan pelaksanaan
projek-projek pembangunan kerajaan tempatan, pemprosesan lesen-lesen perniagaan
secara atas talian melalui sistem berpusat seperti Business Licensing
Electronic Support Service,
BLESS dan melaksanakan pembayaran secara atas
talian iaitu e-payment untuk semua transaksi dengan agensi kerajaan,”
jelas beliau.

“Di samping itu kerajaan juga akan secara berterusan memperkemaskan
peraturan dan prosedur semasa dalam bidang-bidang seperti penguat kuasa
kontrak, perniagaan rentas sempadan, pendaftaran harta, penutupan perniagaan,
garis panduan berhubung pegangan ekuiti asing di bawah Jawatankuasa Pelaburan
Asing, FIC dan sistem perolehan kerajaan di mana wajar peraturan atau keperluan
yang tidak sesuai akan dipinda atau dimansuhkan,” tambah beliau lagi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article