- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Klinik Kesihatan Beroperasi Sehingga 9.30 Malam

Must read

Timbalan
Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad,
memaklumkan bahawa
kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengambil beberapa langkah
tertentu untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan di bahagian kecemasan dan trauma di hospital-hospital daerah. Antara lain :

  1. penambahbaikan modal insan, khususnya
    dalam bidang kualiti dan juga kuantiti. Kualiti umpamanya mewajibkan
    doktor-doktor pelatih mesti mendapat latihan dua tahun mereka. Empat bulan
    daripada latihan tersebut, mereka akan ditempatkan di jabatan kecemasan dan
    trauma dan apabila temoh latihan itu selesai, mereka akan ditempatkan pula di hospital-hospital
    daerah.
  2. kementerian dari semasa ke semasa memperbaiki
    peralatan asas yang ada; dan
  3. menambah baik infrastruktur yang ada
    di jabatan-jabatan kecemasan di hospital-hospital daerah dan dipertingkatkan
    supaya pelanggan jadi selesa dan selamat secara berperingkat.

Datuk Dr.
Haji Abdul Latiff berkata demikian (15 Julai 2008) ketika menjawab pertanyaan
daripada Ahli Parlimen Kuala Krau, Haji Ismail bin Mohamed Said yang ingin tahu
apakah
langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di
bahagian kecemasan di hospital-hospital daerah.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen
Kuala Kurau, yang ingin tahu sejauh manakah kementerian akan mengambil langkah
untuk membuka klinik-klinik kerajaan selepas daripada waktu pejabat sehingga
9.30 malam, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff
memaklumkan Kementerian Kesihatan akan melaksanakannya
secara
berperingkat. Menurut beliau lagi, 19 klinik kesihatan telah dipilih untuk
pelaksaaa pada peringkat awal.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article