- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

MAKSAK & RANDO Bahagian Miri

Must read

Sempena Ramadhan al Mubarak 1428H, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) dan Kelab Kakitangan Pejabat Residen dan Daerah (RANDO) Miri turut melaksanakan program kebajikan dan kemasyarakatannya dengan meraikan  anak-anak Yatim pada satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka pada 9 September lepas.

Lebih bermakna lagi, apabila YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot telah menyempurnakan majlis tersebut serta menyampaikan sumbangan tersebut kepada  60 orang anak-anak Yatim sekitar Bahagian Miri antaranya dari PERYATIM, Lutong dan Kompleks Hamidah, (Lembaga Kebajikan Anak Yatim Sarawak) .Selain sumbangan kepada anak-anak Yatim ini, turut disampaikan sumbangan kepada ketua masyarakat.

Dalam ucapan ringkas beliau, yang juga merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak berkata selain menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, majlis tersebut juga adalah untuk merapatkan hubungan di kalangan kakitangan awam di bahagian tersebut. Menurutnya, ini juga adalah kesempatan untuk bertemu dan berinteraksi dengan kakitangan awam.

Miri dipilih sebagai lokasi pertama diadakan majlis seumpama ini, yang juga turut disusuli dengan bahagian lain sepanjang bulan Ramadhan ini.

Selain Majlis berbuka puasa, turut diadakan Solat Magrib dan Solat Isya’ Berjemaah dan Solat Sunat Terawih.


Rakaman Lensa RAKAN Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article