- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

MAKSAK Prihatin

Must read

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) akan sentiasa mengambil berat terhadap isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan bukan sahaja di kalangan ahlinya malah terhadap masyarakat di sekitarnya.

Lebih-lebih lagi ketika sambutan musim perayaan seperti perayaan Hari Raya Aidil Fitri, golongan yang kurang bernasib baik tidak pernah dilupakan. Harapannya adalah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima.

Bertempat di Pusat Penerangan Islam (IIC) Sarawak pada 10 September 2008, golongan ini diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah serta Penyampaian Sumbangan Ikhlas Sempena Bulan Ramadhan 1429 H di Kuching anjuran Jabatan Ketua Menteri dan MAKSAK Sarawak.

Dalam ucapannya, YB Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap YDP MAKSAK Sarawak, berkata program sumbangan ikhlas ini telah menjadi sebahagian daripada program kebajikan dan kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun.

Sambil menambah, ia menyusuli beberapa program kebajikan yang telah dilaksanakan sepanjang bersempena musim perayaan tahun 2008, antaranya seperti Majlis Penyampaian Sumbangan Ikhlas sempena Tahun Baru Cina seperti di Miri (Home for the Aged,Krokop Miri) dan di Kuching (Pedeatric Ward Hospital Umum Kuching), Majlis Penyampaian Sumbangan Ikhlas sempena Perayaan Hari Gawai di Kampung Mambong serta Program Derma Darah di Rumah Kelab MAKSAK.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato Ngah Bin Senik, Setiausaha Persekutuan yang juga merangkap Timbalan YDP MAKSAK Sarawak, Yang Amat Arif Tuan Haji Abdul Razak Tready, Peguam Besar Negeri Sarawak merangkap Exco MAKSAK Sarawak, YBhg. Datuk Hj Mohd Morshidi B. Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal-Ehwal Korporat) merangkap Naib YDP MAKSAK Sarawak dan Encik Wan Hussain B. Wan Ali, Ketua Perhubungan Korporat, Fieldmart Sdn Bhd.

Rakaman Lensa RAKAN Sekitar Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah Serta Penyampaian Sumbangan Ikhlas

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article