- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ilmu Kepenggunaan

Must read


Lindungi Hak Kita

 

Lebih-lebih lagi, dalam keadaan
dunia mengalami krisis bekalan makanan, rakyat harus kembali kepada cara hidup
sederhana bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari aspek pengangkutan,
penggunaan sumber tenaga, penjagaan alam semula jadi dan lain-lain lagi

Demikian jelas Ketua
Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Majlis
Pelancaran Sambutan Hari Pengguna Malaysia, Peringkat Negeri di Mukah pada Ogos
yang lepas.

Katanya lagi, keadaan
kini agak membimbangkan terutamanya bagi mereka yang tinggal di pedalaman yang
kurang terdedah kepada ilmu kepenggunaan yang mungkin mengakibatkan diri mereka
dieksploitasi oleh peniaga.

Justeru itu, beliau
berharap sokongan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan
dalam merangka dan melaksanakan program kepenggunaan melalui penganjuran
aktiviti berkaitan kepada rakyat di seluruh negeri ini.

Beliau turut
menasihatkan pengguna agar memainkan peranan mereka dengan berbelanja secara
berhemah dan menilai kemampuan diri mereka.

Sementara itu,
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal YB Jelaing Mersat
berkata, rangka kerja perundangan bagi perlindungan pengguna tidak mencukupi
untuk melindungi pengguna secara menyeluruh sebaliknya perlu dilengkapi dengan
kesedaran yang berterusan.

Menurutnya
lagi, kementeriannya giat melaksanakan beberapa program antaranya program rakan
pengguna sebagai salah satu usaha memperkasakan pengguna secara lebih meluas di
samping itu program pendidikan dan kesedaran pengguna termasuk program Pengguna
Faedahnya Banyak
dan Bijak Berbelanja.

Bertemakan
‘Kesedaran Menjamin Kesejahteraan’ Sambutan Hari Pengguna Malaysia, Peringkat
Negeri di Mukah ini amat bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menerapkan
nilai kesederhanaan bukan sahaja dari sudut perbelanjaan malah dalam
pengeluaran dan penggunaan alam secara lestari.

Program selama
dua hari itu juga bertujuan mengajak rakyat menghayati peranan mereka sebagai
pengguna selain membantu kerajaan dalam menentukan hala tuju ekonomi dan
sosial.

Turut hadir
pada majlis tersebut ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri YB Datin
Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Mohamad Leo Toyad, Ketua
Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk
Mohd Zain Dom, Timbalan Ketua Setiausaha (Konsumerisma dan Pengurusan) Mahani
Tan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng YB Abu Seman
Jahwie.

 

Info

  • Di Sarawak setakat ini hanya terdapat tiga (3) persatuan
    pengguna yang iaitu Kuching City Consumer Association (Kuching) , Persatuan
    Pengguna Bahagian Kuching dan Kota Samarahan (Kuching) dan Persatuan
    Perlindungan Pengguna Malaysia (Miri)
  • Antara program-program yang dianjurkan oleh PPDN &
    HEP bersama dengan NGO , agensi kerajaan pelajar dan lain-lain. Antaranya
  • Program Pembangunan Pergerakan Kepenggunaan.
    Contohnya Program RAKAN PENGGUNA adalah bertujuan untuk membantu memantau harga
    barangan dan perkhidmatan, penyelewengan urusniaga yang tidak beretika dan
    perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan. RAKAN PENGGUNA dilantik
    oleh kementerian yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang
    melakukan pemantauan secara sukarela melalui koNsep “membeli belah sambil
    memantau”. Perlantikan Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah membantu dalam
    menyalurkan maklumat-maklumat kepenggunaan kepada kementerian .
  • Program Perlindungan Pengguna adalah
    bertanggungjawab tentang hal ehwal perlindungan pengguna melalui penyemakan dan
    cadangan undang-undang dan dasar-dasar baru untuk melindungi pengguna, melalui
    penerimaan aduan pengguna -melalui telefon, laman web ,surat, atau datang
    sendiri ke pejabat .
  • Program Pendidikan Dan Kesedaran Pengguna
    dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah. Antara program yang dianjurkan
    ialah seminar, ceramah, pameran , pertandingan kuiz pengguna antara Sekolah
    Menengah Peringkat Bahagian & Negeri , Selain itu , program
    “Smartpartnership” turut dianjurkan bertujuan untuk mewujudkan dan
    mempertingkatkan kerjasama dan networking dengan agensi -agensi kerajaan , NGO-NGO
    kepenggunaan dan bukan kepenggunaan untuk mendidik dan memberi kesedaran
    kepenggunaan
  • Agensi lain yang diberi tanggungjawab untuk menjaga
    kepentingan Pengguna ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan
    Harta Intelek Malaysia (MYIPO)
    8 Hak-Hak Pengguna

 

Hak-hak Pengguna

 

Lapan hak pengguna yang perlu
diketahui dan difahami ialah:

 

Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak
mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan
di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan
selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

 

Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna
dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang
boleh membahayakan pengguna.

 

Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti
diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan
yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan,
pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

 

Hak untuk membuat pilihan

Pengguna
dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan
perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan
dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan
perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

 

Hak untuk bersuara

Ini bagi
memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam
penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada
pentadbiran pengadilan.

 

Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak
mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya
ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi
perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi
harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan
kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut
arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi
mangsa akibat kecuaian majikan.

 

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Pengguna berhak
mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem
pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan
pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar
menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak
menjadi pengguna yang bijak.

 

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak
hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada
sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana
kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin
pupus atau dimusnahkan.





 

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article