- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kesedaran Kepenggunaan di Sarawak

Must read

Masih Rendah

Faktor kekurangan
maklumat serta pengetahuan mengenai hak-hak kepenggunaan dan kewujudan Tribunal
Pengguna di samping sikap ‘tidak kisah’ di kalangan pengguna telah dikenalpasti
menjadi penyebab mengapa kesedaran kepenggunaan masih berada pada tahap
yang rendah.

Ia adalah
berdasarkan statistik pemfailan tuntutan pengguna di Sarawak melalui tribunal
tuntutan pengguna tahun 2003 sehingga Oktober 2008, hanya mencatatkan 2,004
bilangan tuntutan pengguna.

Ini bermakna
sekitar 100 ke 200 bilangan tuntutan yang diperolehi setiap tahun tersebut.

Perkembangan
tersebut sudah pastinya membimbangkan yang mengambarkan mereka kurang
menggunakan sepenuhnya “kuasa pengguna”, lebih-lebih lagi situasi kini yang
berhadapan dengan kenaikan harga barangan.

Tribunal
Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan yang telah ditubuhkan
di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula
berkuatkuasa pada 15 November 1999.

Antara objektif
penubuhan Tribunal adalah untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan
pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta
Pelindungan Pengguna 1999.

Ia juga
merupakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk
menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan
cara mudah, murah dan cepat dengan cara memfailan tuntutan dengan menggunaan
Borang 1, iaitu Pemfailan Pernyataan Tuntutan. Jumlah tuntutan yang
dibenarkan adalah tidak melebihi RM25,000.00.

Sebagai
pengguna, seseorang itu mempunyai hak pengguna yang mana sekiranya berlaku
sebarang pertikaian boleh dikemukakan ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

Di Sarawak,
sebarang aduan dan tuntutan boleh dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak,
Tingkat 1, Unit C, Block E, Queen’s Court, Jalan Wan Alwi, Kuching di talian
082-254202

Info


Antara hak Pengguna adalah seperti berikut:

(a) Perlakuan mengelirukan dan memperdaya,
representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu-

  • Perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan
    dengan jenis, proses pengilang, kesesuaian, kualaiti dan kuantiti;
  • Gambaran yang mengelirukan mengenai harga;
  • Tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain
    dengan niat untuk tidak mengadakannya;
  • Tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti:

Selagi stok
masih ada; dan

– Barang-barang adalah terhad;
dan sebagainya.

  • Menerima bayaran tanpa niat untuk membekal barang
    atau perkhidmatan; dan
  • Kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang
    akan diadakan atas dasar berterusan.


(b) Keselamatan barang dan perkhidmatan:

  • Standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa
    barang atau kelas barang; dan
  • Standard keselamatan berkaitan denagn apa-apa
    perkhidmatan atau kelas perkhidmatan.


(c) Hak terhadap pembekal berkenaan
dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:

  • Mengenai hakmilik;
  • Mengenai kualiti boleh terima
  • Mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
  • Bahawa barang mematuhi perihal
  • Bahawa barang mematuhi sample;
  • Mengenai barang munasabah; dan
  • Mengenai pembaikian dan barang ganti.


(d) Hak terhadap pembekal berkenaan dengan
gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan-

  • Mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
  • Mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
  • Mengenai masa siap munasabah
  • Mengenai harga munasabah.


(e) Hak
terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalkan barang-barang-

  • Mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri
    barang;
  • Mengenai pemberian perkhidmatan yang
    diperlukan;
  • Mengenai pemulangan wang atau balasan
    sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.


(f) Hak terhadap pengilang berkenaan gerenti
tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang-

  • Mengenai kualiti yang boleh diterima;
  • Bahawa barang mematuhi; dan
  • Mengenai pembaikian dan barang ganti.


Akta-akta Pengguna yang digunapakai di
Malaysia

  • Akta Kawalan
    Harga 1946
    (Disemak 1973) Bertujuan memberi kuasa kepada
    kerajaan bagi menetap dan mengawal harga bagi barang-barang tertentu. Menetapkan
    penandaan tanda harga dan pelabelan.
  • Akta Kawalan
    Bekalan 1961
    (Disemak 1973)Bertujuan untuk mengawal bekalan
    barang-barang kawaln bagi mempastikan bekalan mencukupi. Perbuatan menyorok
    atau menjual barangan kawalan adalah menjadi kesalahan.
  • Akta
    Perlindungan Pengguna 1999
    Tujuannya adalah untuk
    mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, menubuhkan Majlis Penasihat
    Pengguna Negara dan menubuhkan Tribunal Tuntutan Pengguna.
  • Akta Timbang
    dan Sukat 1972
    Tujuannya adalah untuk memastikan unit-unit
    sekatan dan standard jisim dan sukatan hendaklan berdasarkan kepada system unit
    antarabangsa. Memastikan yang alat-alat timbang dan sukat adalah tepat dengan
    cara pemeriksaan dan perakuan.
  • Akta Perihal
    Dagangan 1972
    . Tujuan akta dikuatkuasakan adalah untuk
    menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan cap barang
    dagangan dengan peruntukan baharu yang melarang salah perihal mengenai
    barang-barang, yang diadakan dalam perjalanan perdagangan dan petunjuk yang
    palsu atau yang mengelirukan tentang harga barang-barang yang tersebut.
  • Akta Jualan
    Langsung 1993
    Bertujuan untuk melesen oaring-orang yang menjalankan
    perniagaan jualan langsung bagi mengaalselia penjualan, melindungi kepentingan
    pengguna dan mengharamkan kegiatan jualan langsung secara pyramid.
  • Akta Sewa Beli
    1967
    Bertujuan mengawalselia bentuk dan kandunagan
    perjanjian yang termasuk di bawah takrifan perjanjian sewabeli di bawah akta
    dan menetapkan hak-hak dan tanggungjawab pihak-pihak perjanjian.
  • Akta Cakera
    Optik 2000
    Bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi
    perlesenan dan mengawalselia aktiviti pengilangan cakera optic dan perkara-perkara
    lain yang berkaitan.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article