- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Masyarakat Sedar Bahaya Jenayah Rasuah

Must read

Sesuatu yang perlu diakui, masyarakat kini sedar betapa bahayanya jenayah rasuah dan kerjasama yang diterima daripada masyarakat untuk tampil melaporkan kejadian rasuah juga menunjukkan perkembangan yang positif.

Hakikat tersebut juga membolehkan lebih banyak siasatan berhubung kes rasuah dibuat.

Syabas kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang juga telah menjalankan tugas mereka dengan baik, tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Statistik terkini juga turut menunjukkan bahawa bilangan siasatan telah meningkat sebanyak dua kali ganda antara tahun 2001 dan 2007. Manakala bilangan tangkapan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 54 peratus dalam tempoh yang sama.

Lebih membanggakan, pemantapan dari segi penyiasatan dan pendakwaan telah membolehkan lebih banyak kes rasuah disabit kesalahan. Kini, kadar sabit kesalahan telah meningkat kepada 78 peratus bagi tahun 2007, iaitu peningkatan sebanyak 28 peratus dalam tempoh hanya lima tahun.

Dari segi tindakan punitif pula, agensi-agensi penguatkuasa telah memantapkan lagi operasi masing-masing sehinggakan ramai pesalah yang terlibat dengan rasuah dapat dibawa ke muka pengadilan.

Perkembangan positif ini dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Sambutan Hari Integriti Nasional dan Konvensyen Integriti Nasional 2008 di Kuching, Sarawak pada 7 November 2008.

Kata beliau lagi, berdasarkan beberapa kajian dan pembancian mengenai isu rasuah yang dilaksanakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini turut menunjukkan bahawa rakyat menyokong kuat agenda integriti dan anti-rasuah negara.

Malah katanya, rakyat mahu melihat tindakan tegas dan pantas ke arah pemantapan institusi-institusi anti-rasuah, badan-badan penguatkuasaan dan kerangka perundangan berkaitan rasuah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article