- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Masyarakat Sedar Bahaya Jenayah Rasuah

Must read


Sesuatu yang perlu
diakui, masyarakat kini sedar betapa bahayanya jenayah rasuah dan kerjasama
yang diterima daripada masyarakat untuk tampil melaporkan kejadian rasuah juga
menunjukkan perkembangan yang positif.

Hakikat
tersebut juga membolehkan lebih banyak siasatan berhubung kes rasuah dibuat.

Syabas
kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang juga telah menjalankan tugas
mereka dengan baik, tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Statistik
terkini juga turut menunjukkan bahawa bilangan siasatan telah meningkat
sebanyak dua kali ganda antara tahun 2001 dan 2007. Manakala bilangan tangkapan
telah mencatatkan peningkatan sebanyak 54 peratus dalam tempoh yang sama.

Lebih
membanggakan, pemantapan dari segi penyiasatan dan pendakwaan telah membolehkan
lebih banyak kes rasuah disabit kesalahan. Kini, kadar sabit kesalahan telah
meningkat kepada 78 peratus bagi tahun 2007, iaitu peningkatan sebanyak 28
peratus dalam tempoh hanya lima tahun.

Dari
segi tindakan punitif pula, agensi-agensi penguatkuasa telah memantapkan lagi
operasi masing-masing sehinggakan ramai pesalah yang terlibat dengan rasuah
dapat dibawa ke muka pengadilan.

Perkembangan
positif ini dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika
merasmikan Sambutan Hari Integriti Nasional dan Konvensyen Integriti Nasional
2008 di Kuching, Sarawak pada 7 November 2008.

Kata
beliau lagi, berdasarkan beberapa kajian dan pembancian mengenai isu rasuah
yang dilaksanakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini turut menunjukkan
bahawa rakyat menyokong kuat agenda integriti dan anti-rasuah negara.

Malah
katanya, rakyat mahu melihat tindakan tegas dan pantas ke arah pemantapan
institusi-institusi anti-rasuah, badan-badan penguatkuasaan dan kerangka
perundangan berkaitan rasuah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article