- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lebih Satu Juta Tan Metrik Sisa Buangan Berjadual

Must read


Dilupuskan Setahun

 

Menurut Timbalan Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan pada 12 November 2008 yang
lalu menyatakan
sehingga 30 September 2008, sisa buangan berjadual yang
diterima oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. adalah sebanyak 101,057.3 metrik tan
sementara pada tahun 2007, sejumlah 1,138,839 metrik tan buangan berjadual
telah dihasilkan oleh industri di seluruh Malaysia dan dari jumlah tersebut,
sebanyak 10.4% ataupun 117,982 metrik tan telah dihantar ke kemudahan yang sama
manakala pada tahun 2006 pula
sebanyak 1,103,457 metrik tan buangan berjadual telah dihasilkan
oleh industri di seluruh Malaysia dan dari keseluruhan jumlah buangan
terjadual yang terhasil tersebut sebanyak 10% iaitu 110,814 metrik tan
telah dihantar ke Kemudahan Bersepadu Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk diolah
dan dilupuskan.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang
dikemukakan oleh YB Dato Dr. James
Dawos Mamit Ahli Parlimen Mambong yang ingin tahu
jumlah buangan
berjadual (toxic wastes) yang
dihasilkan oleh industri di negara ini pada tahun-tahun 2006, 2007 dan
2008  dan juga ingin mendapatkan jumlah
sisa buangan buangan berjadual yang dihantarkan ke tapak pelupusan Syarikat
Kualiti Alam.

 

Beliau seterusnya menjelaskan berdasarkan jumlah
sisa bahan buangan berjadual yang dihantar ke Kemudahan Bersepadu Kualiti Alam
Sdn. Bhd. untuk diolah dan dilupuskan adalah sekitar 10% sahaja pada
tahun-tahun 2006 hingga September 2008. 
Ini menurut beliau terdapat juga lain-lain syarikat yang turut
mengendalikan aktiviti pelupusan sisa buangan berjadual yang mana sebanyak 323
lesen telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

 

Mengenai electronic waste ataupun sisa
pepejal elektronik Datuk Maznah
Mazlan
memaklumkan bahawa pada masa ini di dalam Akta Kualiti
Alam Sekitar 1974 dan di bawah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan iaitu
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, electronic waste
adalah termasuk di dalam 77 perkara yang telah disenaraikan dan hal yang
berkaitan dengan electronic waste adalah satu isu yang mana ia bukan
sahaja pada masa ini sedang diurus atau selenggarakan di peringkat domestik
sahaja malah ia juga diperjuangkan di peringkat antarabangsa di Basel
Convention.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article